Doh Tepung Konduktor

Saya peroleh Idea ABM untuk pembelajaran litar elektrik dari internet secara tak sengaja.
Nama asal projek ini ialah Squishy Circuit yang menggunakan hanya tepung dan bahan-bahan dapur sahaja.
Sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah.
Melalui projek ini pelajar boleh mempelajari konsep
– litar mudah
– kekutuban LED
– litar pintas
– reka cipta
– dan lain.

fr_921_size640

Youtube idea bagaimana doh ini berfungsi

Untuk resipi boleh dapat daripada sini –>http://bit.ly/2etHEqL

Penjelasan ringkas.

Kandungan garam dalam doh konduktor membolehkan pengaliran arus kerana mempunyai ikatan ionik.
Kandungan gula dalam doh penebat menghalang pengaliran arus kerana mempunyai ikatan kovalen.

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrPin on PinterestPrint this page

Hadiah Nobel Fizik 2016

Hadiah Nobel Fizik 2016
-Siapa menang?
>Kali ini dianugerahkan kepada 3 fizikawan kelahiran Britain, tetapi bekerja di universiti Amerika Syarikat.

-Apa dia dapat?
Share USD1 juta ada lebih kurang RM4juta

-ler.. xde la banyak, sgt. Kaji berpuluh tahun dapat banyak tu je.Baik ko jadi Pengarah boleh collect RM150juta. Apa dia buat?
>Amboi, x sayang mulut ker. Lantaklah Pengarah tu kubur dia penuh duit nanti sempit le tu. Dorg ni dpt hadiah atas “penemuan teori peralihan fasa topologi dan fasa-fasa topologi jirim.”

-Apekebende tu?
>Ntah, aku pun tak paham. Hehe..

-Kamon..ko kan fizicis!
>Ok la aku try la nak faham melalui youtube, pembacaan, tanya2 pakar dan nak bagi awok2 faham juga.

-Mula2, apa tu topologi?
>Topologi ialah satu kajian mengenai bentuk sesuatu objek yg istimewa.

-Apa yg istimewanya?
Objek kat alam semesta kita ni, dia boleh berubah bentuk/sifat/keadaan tapi ada beberapa ciri yang tak berubah dengan syarat perubahan itu bukan disebabkan objek itu dipecah2kan atau dicantumkan.

-Ok.. aku rasa mcm dah susah nak paham.
>Tu sbb ko beli je Phd ko, malas nak belajo, nak menipu je pandai.. hokey xyah nak sentap2.. hihi

-Yela, saspek la kat org yg berjuang utk Phd. Ok apa bende objek yg ko cakap tu?
>ha! Contoh la. Aku tetapkan satu CIRI objek yang aku nak kaji ialah lubang pada objek tu. Donat ada satu lubang kan? Donat ni aku boleh ubah BENTUK dia jadi anting2, rantai, kuih keria. Benda2 yang kita ubah bentuk tu mengikut ilmu topologi adalah dalam KATEGORI yang mempunyai CIRI yang sama iaitu ada satu lubang, kita namakan KATEGORI 1 lubang.
Ok, seterusnya kita tengok pretzel, kuih omputih yang fofular kat shopping2 mall tu. Dia ada dua lubang. Ok objek yang sama BENTUK dengan pretzel ni macam bingkai cermin mata, hidung ko, nombor “8” dan sebagainya, kita namakan KATEGORI 2 lubang. Ko perhatikan ko boleh ubah BENTUK2 dlm KATEGORI yg sama tanpa ko cerai kan atau sambung2kan. Ko hanya lenyek2kan utk dpt bentuk berlainan tapi jumlah lubang mesti sama utk KATEGORI yang sama.

-Fuh! Tetiba aku rasa sesak napas.
> Rilek2, tarik napas. Mengikut pakar topologi dalam bidang fizik, KATEGORI yg aku bgtau tadi dinamakan FASA. Hebatnya dorg ni ialah dorang boleh hasilkan formula matematik utk setiap FASA ni. Formula ni macam acuan. Satu acuan boleh buat macam2 bentuk selagi bentuk tu dalam FASA/KATEGORI yang sama.

-So? Apa kepentingannya?
>Dunia kita ni penuh misteri. Ada sejenis bahan ni namanya superkonduktor. Bahan ni dia boleh alirkan elektrik tanpa rintangan pada suhu rendah, rendah serendahnya, -200 Celcius ke bawah taw. Tapi bila suhu naik, dia berubah FASA menjadi penebat. Tiba2 je xleh alirkan elektrik. Dgn ilmu topologi ni, kita boleh dptkan formula utk FASA konduktor dan FASA penebat dengan perbezaan CIRI antara dua FASA ini ialah sifat pengaliran elektriknya. Kalau ko dapat formula tu, ko boleh reka bahan yang FASA konduktor dia pada suhu biasa persekitaran kita iaitu 27 Celcius.

Sekarang ko matchkan kefahaman ko pasal donut yg aku explain awal2 tadi: FASA (KATEGORI) konduktor yang sama dengan SIFAT (CIRI) elektrik yang sama walaupun suhu (BENTUK) berbeza. Lepas tu, dorg boleh pulak jelaskan dgn formula macam mana nak ubahkan FASA konduktor ke penebat lepas tu kembali ke konduktor. Kalau henfon kita guna superkonduktor ni, xde lah dia jadi panas kalau kita selalu on. Rintangan dalam henfon kita yang menyebabkan elektrik susah nak gerak dan berlanggar dalam wayar menyebabkan kepanasan. Best tau kalau henfon kita guna superkonduktor, boleh kita main game sampai buta, henpon x panas. Wallah!

-Ok macam dah nak faham, macam la. Kena hadam sikit2.
> Ok lah usaha. Nak faham semua pun mana boleh sbb org kaji berpuluh tahun ko nak paham semua dlm masa seminit. Ko ingat “tonyoh2 dah dpt Phd” ke? Dorg ni aplikasikan ilmu topologi dalam memahami sifat bahan. Jadi kita hargai usaha dorg ni. Ada banyak lagi sifat-sifat bahan yang boleh aplikasikan ilmu topologi ni. Jadi impak dia besar dalam kemajuan sains.

-Dah2.. tangan aku menggigil dah ni nak wassap2..bergossip, dengar citer ada org tu ngorat student dia
>hish ko nih! Husnul dzoon lah sikit. Yelah, sori la kalau x berapa betul. Ini kefahaman aku je sekadar fizicis picisan.

Penafian: Penghasilan karya ini tidak ditaja mana-mana geran dan tidak melalui proses perwasitan

#PhDtulen #hadiahnobel #topologi #fizicis

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrPin on PinterestPrint this page

Empangan Sungai Selangor – SPLASH Info Center

Sabtu lepas nak belikan Ummi basikal di Batang Kali.

Tiba2 rasa nak pergi tengok2 Empangan Sungai Selangor, 3 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu arah ke Bukit Fraser.

pintu masuk ke info center
papan tanda ke info center boleh dilihat dari arah Bukit Fraser
 

Dalam kawasan berpagar ada SPLASH Info Center yang boleh dilawati.

Info center ini dijaga dengan baik.

Ada fasiliti tandas dan mesin vending minuman, kafe tiada.

hadapan info center
aras bawah info center
aras atas info center
Info center ini hanya ditutup pada hari Isnin sahaja.

waktu operasi info center
aras air separuh menara, kalau air banyak akan melimpah dalam lubang tu

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrPin on PinterestPrint this page

Kolam Air Panas Hulu Tamu

Alhamdulillah dapat merasai Sabtu yang tenang tanpa tugasan outstation.

Hari ini ke Batang Kali, Selangor belikan anak-anak basikal.  Eleh, macam kat Tg Malim tak jual basikal. Ada, cumanya nak mamam Marry Brown sekali kat situ. Kekeke.

Berkunjung ke Kolam Air Panas Hulu Tamu.

Rasanya dah hampir setahun tak ke sini.

Paling terakhir kawasan dalam ubahsuai, tak cantik, mata air cenonet je keluar dengan sepah-sepahnya.

Tapi sekarang dah cantik! Best!

pemandangan damai
ada kawasan berbumbung untuk lepak-lepak

Asalnya datang nak celup-celup kaki, sekali ha kenit-kenit semua tada tahan sama itu air, terjun semua. Baju tukar dah la tak bawa, sudahnya masing-masing bogel lencun dalam kereta.

seronok betul budak-budak jumpa air
siap ada pancur air untuk bersihkan diri selepas berendam

Ada tiga bahagian panas airnya.

erkkkkkk.. angin kasi keluar

Lepas rendam pijak-pijak batu refleksologi memang terbaiklah.

Angin menderu-deru keluar badan. Sedawa erk erk.. Best2

Lain kali datang nak berendam terus dalam kolam panas tu.

punca air panas. jangan masukkan kaki dan rendam telur dalam ni ya

Kawasan terjaga, semoga berterusan terjaga.

Airnya bersih, lumut takde lagi sebab baru kot. Tapi janganlah minum takut unsur-unsur kimia yang kita tak tahu. Kalau air COWAY lain la cerita. Reverse osmosis, zero mikroorganisma selamat diminum. Siap dispenser panas, sejuk dan normal. Berminat? Meh klik sini 

Masa kami datang ada pengunjung celaka tinggalkan sampah makanan kat meja wakaf. Padahal lima langkah je dengan tong sampah. Banyak pula tu tong sampah, bukan nya takde. Memang celaka! Harap kita semua sama-sama jaga kebersihan tempat ini. 

Sudahlah masuk percuma, buat sampah pulak, bahlol!

parkir yang aman, kolamnya belakang parkir ini sahaja

Cuma parking berbayar RM1 sahaja.

Bagaimana nak ke sini?

kalau ke genting dari rawang atau kuala kubu memang nampak papan tanda ini

Terletak 6 km dari Bandar Baru Batang Kali arah ke Ulu Rening. 

kami terlepas simpang sebab papan tanda terselindung belakang iklan kolam pancing.
pak guard sini

Keseluruhannya tempat ini best sebab percuma dan bersih. Boleh mandi manda dan berendam. Lain kali datang kena siapkan baju persalinan. Tapi tak perasan ada bilik air atau tidak. Kena pertimbangkan kot-kot nak ak ak.

Sebelah kolam air ini ada kem rimba, tempat latihan mungkin boleh tumpang kalau emergency sangat.

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrPin on PinterestPrint this page

Persediaan Ke Sekolah Cina (SJKC)

Anak sulung sekarang sudah Tahun 2 di SJK(C).

Alhamdulilah, boleh buat. Takdelah cemerlang sangat, tak top 10 pun. Sederhana sahaja.

Tapi saya optimis dia semakin maju dalam pelajarannya, iAllah.

Dia sedang berusaha menguasai Bahasa Cina untuk kuasai mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga diajar dlm Mandarin.

Perbendaharaan kata dia terhad, jadi bermasalah hendak menjawab soalan dalam mandarin walaupun dia tahu jawapan.

Ramai kawan-kawan tanya macam mana nak masukkan anak ke sekolah cina, SJKC.

Sebenarnya bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Kalau ikutkan boleh saja masuk terus Tahun 1 tanpa ada asas tadika atau prasekolah aliran cina.

Ada sekolah tak bagi, jadi kena tanya sekolah yang kita hasrat nak hantar anak tu. Perancangan kena awal. Ada sekolah yang wajibkan anak bermula seawal 4 thn utk meneruskan persekolahan di premisnya.

Macam sjkc di tempat saya ni, saya memang dah masukkan anak ke prasekolah 5 tahun dan 6 tahun sebagai transisi ke Sekolah Rendah.

Nanti takdelah terkejut dan terus stress dengan pelajarannya.

Saya dan keluarga pun takde  yang ada latarbelakang pendidikan cina yang boleh membantu.

Biasanya iklan prasekolah negeri selangor buka bulan Ogos tahun sebelumnya.

Untuk pendaftaran ke Tahun 1 juga ibu bapa kena update dgn sekolah di negeri masing-masing.

Si Kakak berjaya masuk prasekolah 5 & 6 tahun.

Tapi Si Abang permohonan gagal utk masuk prasekolah 5 tahun sebab kuota dah cukup. 

Jadi, saya masukkan ke Tadika aliran Cina di Tadika Matahari Ria, Tg Malim.

Permohonan ke prasekolah 6 tahun saya hantar lagi, kalau tak berjaya kekallah dia di Tadika itu.

Pendaftaran masuk ke Tahun 1 dengan sekolah yang sama dgn Si Kakak pun sudah buat.

Si Abang diharapkan dapat masuk Prasekolah 6 Tahun

Keputusan prasekolah biasanya keluar bulan november. 

Di prasekolah mereka memang diajar oleh guru berbahasa cina dengan pembantu muslim. (Bergantung kepada sekolah)

Jadi, bab makanan tiada masalah.

Tapi bila sudah masuk sekolah, kena bawa bekal sendirilah.

Air sebotol mesti di bawa Kakak & Abang. Rutin sebelum sekolah isi sendiri air dari mesin coway. Senang. Berminat dengan water purifier coway? Klik sini –> http://www.kadri.my/coway/

Di sekolah anak saya, disediakan satu meja untuk pelajar muslim untuk waktu rehat. Ada tak sampai 10 org murid muslim berbanding jumlah keseluruhan murid hampir 200 org. Memang minoriti sangat.

Kepada yang berminat hantar anak ke SJKC harap rancang elok2 supaya mereka boleh cemerlang dalam kedua-dua pelajaran dan komunikasi Mandarin.

Sebab ada anak yang memang tak boleh bawa pelajaran dalam Mandarin, keluarkan dan masuklah ke dalam  Sekolah Kebangsaan. 

Itu saja dulu, nanti saya pos lagi entri berkenaan pengalaman menyekolahkan anak di aliran cina ni.

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrPin on PinterestPrint this page