Browse Category

Teknologi

Invention vs Innovation

Menurut PRPM:

Invention = reka cipta

Innovation = inovasi/Pembaharuan

Baru-baru saya sempat hadir taklimat pegawai dari MyIPO, iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang mengurus hal ehwal Harta Intelek seperti paten, copyright, cap dagang dan sbg.

Seorang peserta bertanyakan perbezaan invention dan innovation.

Menurut beliau, invention ialah penyelesaian teknologi, manakala innovation tiada dalam akta paten.

Contoh invention ialah straw penyedut minuman yang boleh bengkok.
Straw tersebut menyelesaikan masalah minum bagi kanak-kanak dan mengelakkan tumpah.

Kasut tari arwah Michel Jackson yang membolehkan beliau menyondong ke depan tanpa jatuh juga merupakan satu invention dan telah pun dipatenkan di AS.

Jadi, sesuatu yang menyelesaikan masalah teknologi boleh dipatenkan.

masalah ethernet port MacPro

Semalam, tiba-tiba MacPro aku tidak boleh layari internet. Aku cek status Ethernet di Preferences, “no connection”. Lampu kabel di router pun tidak menyala. Aku tukar kabel lain, sama juga.
Aku cuba cari penyelesaian di internet gunakan komputer bini. Kemungkinan, ethernet port rosak (akibat kejutan arus elektrik?).

Aku pun buat temujanji pukul 1.45 petang dengan Genius Bar cawangan Sapporo melalui laman web Apple. Kami sampai 30 minit awal, tetapi oleh sebab tidak berapa ramai pelanggan, staf Apple bawa kami terus ke Genius Bar. Cek punya cek, rupa-rupanya salah satu wayar pada port membengkok. Juruteknik luruskan wayar, terus OK! Lega. Tidak payah hantar untuk pembaikian.
Balik, rumah terus cuba sambungan internet. Tiada masalah ^_^

Stor Apple Sapporo
Kenang-kenangan

scam Maybank

(Klik untuk besarkan gambar)
1) Hari ini saya dapat email seperti snapshot di atas.
2) Memang semalam saya ada “register” untuk sekuriti tambahan di Maybank.
3) Saya hampir percaya kandungan email ini.
4) Tetapi saya teringat semalam di laman web Maybank yang menulis yang mereka tidak akan menghubungi pelanggan melalui email.
5) Saya mula syak.
6) Saya “mouse over” di “Click Here”. Saya dapati link itu akan pergi ke laman yang mencurigakan. Apa kaitan Maybank dengan laman web “handyman”?
7) Berhati-hati semua.
8) Yang saya hairan, tahu pula yang saya baru sahaja kemaskini sekuriti semalam. Adakah ini kerja orang dalam? Atau hacker sekarang makin hebat.
9) Yang best tu, kalau kita pergi ke pautan yang diberi, sebiji pula dia tiru muka depan Maybank.

Anime Loji Nuklear

Untuk memudahkan kefahaman rakyat terhadap isu loji terkini, anime loji nuklear dihasilkan.
Saya cuba alih bahasa ikut apa yang saya faham dan diselarikan dengan video versi English yang juga berada di Youtube.
Watak-watak dalam anime ini ialah:
Genpantsu-kun : loji nuklear di Fukushima
Encik Pemeriksa Bau : Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Bau : Radiasi dari bahan radioaktif
Kentut : Bahan radioaktif yang bocor dan dibawa angin akibat letupan dan kebakaran
Tahi : Bahan radiaoktif
Chernobyl-chan : loji nuklear di Chernobyl, Rusia  – trajedi 1986
Three Miles Island : loji nuklear di  Amerika – trajedi 1979
Ubat : Kaedah mengawal kebocoran bahan radioaktif
Napkin : Perlindungan keselamatan di sekitar loji

1) Orang Jepun selalu memberi watak bernyawa kepada semua benda. Angin, air, buku, sayur..semua bende mempunyai nyawa, maka setiap benda-benda ini mempunyai perasaan dan watak dalam anime.
2) Genpatsu ditulis dengan kanji Jepun  原発 adalah singkatan bagi Genshi Ryoku Hatsuden (原子力発電) yang bermaksud “Penjanaan elektrik dari tenaga nuklear”.
3) Ada beberapa gelaran di letakkan pada penghujung nama seperti -san, -kun dan -chan. -san untuk encik/puan, -kun untuk budak lelaki dan -chan untuk budak perempuan.
4) Apapun, Kerajaan Jepun cuba mengawal aktiviti loji Fukushima.
5) Jika berlaku kebocoran bahan radioaktifpun, ianya berat dan akan jatuh ke tanah dalam lingkungan 30 km dari loji.
6) Bahan radioaktif yang jatuh itu pula, seperti isotop Iodin akan kembali stabil selepas seminggu.
7) Harap sesiapa yang pernah belajar fizik dapat terangkan kepada orang ramai berbantukan animasi ini.
8) Dapatkan informasi tepat, dan kurangkan panik.
++++++++++
Untuk bacaan terkini radiasi di kawasan anda (Jepun) sila lawati laman berikut di section 調査結果. Standard selamat untuk orang awam ialah 1 miliSv/year. Perhatikan unit yang digunakan dalam laporan ialah 1 microSV/h. Untuk menukar perbandingan setara, darabkan nilai X microSv/h dengan faktor sepuluh untuk mendapatkan nilai dalam unit miliSv/year.
http://www.mext.go.jp/a_menu/s
aigaijohou/syousai/1303723.htm
InsyaAllah, semua lokasi dibawah tahap selamat. Bacaan 7 am, 17 Mac, Sapporo ialah 0.3 miliSv/year (jauh di bawah standard 1 miliSv/year)
TIDAK PERLULAH RISAU.
BACAAN RADIASI DI JEPUN PUN MASIH JAUH DI BAWAH NILAI PIAWAI.
INIKAN ANDA YANG BERADA BERIBU-RIBU KM DARI JEPUN.

Gempa Bumi

Masa tengah order makan dengan Mado tadi, tiba-tiba restoran bergegar.
Lama juga dalam 20 saat. Lampu gantung bergoyang-goyang dalam 45 darjah (pergh! sempat ukur).
Pelayan restoran pun macam tahan diri dari jatuh.
Kemudian masa makan, bergegar lagi. Tetapi kurang kuat dan pendek dari sebelumnya.
Ummi telefon Abi, risau sebab rumah bergoyang dan berbunyi.
Bila masuk ke pejabat, Sensei kata bangunan institut pon bergoyang dan berbunyi.
Dia hampir menyelamatkan diri keluar dari bangunan. Begitu juga rakan-rakan lain di bangunan yang sama.

Bila periksa di Internet, gempa berukuran 8.9 di luar pantai Sendai. Gempa di laut akan menghasilkan ombak besar dan tsunami. Video rakaman di laman berita internet menunjukkan bandar di pesisiran pantai Sendai habis hanyut di bawa arus teras. Ladang-ladang musnah. Begitu hebat kuasa air.
Sapporo juga mengalami kesan gegaran dengan skala 3. Rasanya yang paling kuat setakat saya berada di Jepun.
Biasanya sebelum-sebelum ini gegaran berskala 1 sering berlaku di Sapporo.
Talian internet dan telefon juga ada yang terganggu. Internet di rumah pun terputus, Terpaksa Ummi dan Iman berebut tengok televisyen. Tetapi, biasalah, mestilah Iman menang tengok Sesame Street.

Sekarang kalau buka laman utama Google.com , Google.co.nz dan Google.com.au akan terpapar mesej
“Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.”

Kalau Google.co.jp
“東北地方太平洋沖地震に関する災害情報をまとめたページを開設しました。”

Kalau Google.ru
“Предупреждаем о цунами от Мексики до Чили после сильного землетрясения в Японии. Волны ожидаются в течение нескольких часов.”

Tetapi Google.com.my, Google.com.ph dan Google.co.id tiada apa2 mesej.
Menarik..