Browse Category

origami

piperoid

Saya menerima cenderahati dari seorang kawan semakmal. Ianya robot kertas yang dihasilkan daripada gulungan kertas berbentuk paip. Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web berikut–> http://piperoid.jp/en/index.html

Maskot Olimpik Musim Sejuk Vancouver 2010 – Miga

Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, Kanada telah pun berlalu. Salah satu maskotnya ialah Miga.

Rujukan : NOA Origami Magazine Februari 2010
2 keping 7.5cm x 7.5 cm kertas hitam : untuk badan dan kepala

1 keping 15 cm x 3.75 cm kertas merah jambu : untuk mafla

comotnya…

sakura dan hanami

Di Jepun, menikmati pemandangan sakura mekar atau dikenali sebagai HANAMI merupakan aktiviti tahunan yang ditunggu-tunggu kerana ia menandakan pengakhiran Musim Sejuk dan permulaan Musim Bunga. Oleh kerana geografi negara Jepun yang memanjang dari Utara ke Selatan, maka waktu sakura mengembang bergantung kepada lokasi. Sebagai contoh penduduk di Kyushu, Selatan Jepun menikmati Hanami seawal bulan Mac manakala penduduk di Hokkaido, Utara Jepun pula selewat bulan Mei. Waktu Hanami juga sangat singkat kira-kira 2 hingga 3 hari sahaja di satu-satu tempat, selepas itu semua sakura gugur dan pokok sakura mula menghijau.

Tahun ini sakura di Hokkaido mekar lebih lambat (~ seminggu  lambat) berbanding tahun lalu. Mari berhanami di hadapan komputer. 🙂

1 helai kertas coklat 15cm x 15 cm
2 helai kertas merah jambu  7.5cmx7.5 cm
gunting*
 Cara melipat–> http://www.origami-club.com/fruit/sakura2/index.html

*Saya tidak gemar origami yang menggunakan peralatan tambahan.

ikatan hati

8 helai kertas 7.5cm x 7.5 cm membentuk ikatan hati..
Cara melipat: NOA Origami Magazine February 2010