Browse Category

malaysia

Perbaharui pasport atas talian

Pasport saya telah luput beberapa bulan yang lalu.
Hujung tahun ini saya akan ke luar negara.

Semalam, saya cuba perkhidmatan atas talian Jabatan Imigresen Malaysia.
Pergi ke http://www.imi.gov.my/ dan pilih ONLINE SERVICES.
Masukkan nombor pasport dan nombor kad pengenalan.
Maklumat pemohon akan terpapar.
Untuk teruskan permohonan, kita mesti muat naik gambar berukuran pasport yang telah diimbas.
Bahagian muat naik inilah yang paling bermasalah bagi saya.
Sebabnya, apabila telah dimuat naik, gambar saya jadi penyek.
Jadi saya cuba beberapa kali menukar saiz gambar yang dimuat naik agar tidak kelihatan terlalu kurus atau terlalu gemuk (memang gemuk pun :p).
Setelah selesai, hanya teruskan kepada fungsi pembayaran atas talian.
Saya cuba gunakan kad debit maybank, tetapi ditolak sistem.
Kemudian saya cuba pula kad kredit Bank Rakyat.
Barulah boleh.
Saya cetak slip pengesahan.

Pagi tadi saya pergi ke pejabat kutipan di Kuala Kubu Bharu.
Premisnya berhadapan SJK(T) KKB.
Sila bawa bersama slip pengesahan, kad pengenalan dan pasport lama.
Saya ingatkan terus siap dan ambil, rupa-rupanya mesti sahkan dahulu cap jari dan tunggu dalam masa 2 jam untuk siap.
Jadi, kelebihan permohonan atas talian hanyalah tidak perlu isi borang bercetak (buatkan kerja untuk depa kot).
Saya pun keluar berjalan-jalan di luar.
Saya sempat makan cendol di Pasar Awam KKB.
Lepas satu jam, saya cuba bertanya sama ada sudah siap atau belum.
Alhamdulillah, siap!
Senang juga ya perkhidmatan kerajaan sekarang.
Saya mesti pilih 🙂

SBPA dan DS51, DS52, DS53, DS53

Ramai yang tercari-cari tangga gaji baru untuk pensyarah kanan (DS51/52) dan prof madya (DS53/54).
Jadual gaji yang diramalkan boleh di download dari laman ini –>http://askbard.blogspot.com/2011/12/saraan-baru-perkhidmatan-awam-sbpa_17.html

Kalau nak faham mengenai SBPA boleh baca penjelasan yang baik ini –> http://www.budakhutan.com/2011/12/sbpa-sangat-beruntung-penjawat-awam.html
  
Saya mesti pilih!

Kenaikan gaji tidak bermakna kalau kos hidup pun naik sama.
Aku prefer kalau kos hidup dapat dikurangkan berbanding meningkatkan angka gaji.
Gaji ialah apa yg kita bayar, tetapi apakah nilai yang kita bayar itu setimpal?

Hari Raya 2008 Celebration

MISA members in Sapporo gathered together on the First Day of Syawal 2008.

Malaysians in Hokkaido Island gathering for Hari Raya 2008 celebration. Some are from Sapporo itself, Tomakomai, Muroran, Hakodate and Kitami. There are also some Bruneian, Singaporean and Japanese friends who were also invited.

  • 1
  • 2