Browse Category

isu

scam Maybank

(Klik untuk besarkan gambar)
1) Hari ini saya dapat email seperti snapshot di atas.
2) Memang semalam saya ada “register” untuk sekuriti tambahan di Maybank.
3) Saya hampir percaya kandungan email ini.
4) Tetapi saya teringat semalam di laman web Maybank yang menulis yang mereka tidak akan menghubungi pelanggan melalui email.
5) Saya mula syak.
6) Saya “mouse over” di “Click Here”. Saya dapati link itu akan pergi ke laman yang mencurigakan. Apa kaitan Maybank dengan laman web “handyman”?
7) Berhati-hati semua.
8) Yang saya hairan, tahu pula yang saya baru sahaja kemaskini sekuriti semalam. Adakah ini kerja orang dalam? Atau hacker sekarang makin hebat.
9) Yang best tu, kalau kita pergi ke pautan yang diberi, sebiji pula dia tiru muka depan Maybank.

hati-hati dengan scam FB

Hari ini aku dapat email dari “Facebook”. Petikannya seperti di bawah:

Baru-baru ini memang aku deactivate akaun FB sebab menyampah dengan macam-macam jenis penipuan. Lagipun aku ingin mencari ketenangan sekejap..hehehe..Jadi email di atas nampak macam benar. Tetapi untuk langkah berjaga-jaga, aku mouse over pada semua jaringan (seperti yang ditunjukkan pada anak panah oren). Semua jaringan tersebut membawa kepada satu laman web yang alamatnya berakhir dengan domain “.hu”. Kalau tanya Prof. Google, domain “hu” adalah laman web dari Hungary. Tiada kaitan dengan FB pun. Anda boleh periksa suatu jaringan dengan mouse over dan lihat pada status bar (biasanya terletak di bahagian bawah) pelayan masing-masing. Jadi, saya tahu email ini email scam. Kalau kita login ikut arahannya, pasti mereka dapat mencuri identiti kita. Menakutkan…Jadi berhati-hatilah di alam siber!

Baru-baru ini ada juga dapat email scam supaya aku tukar password CIMC click dan Maybank2U. Alasannya untuk menaiktaraf server. Dengan teknik mouse over, kita boleh mengesahkan syakwasangka sebelum kita benar-benar mengklik jaringan yang diberi. Periksa alamat laman web betul-betul sebelum melakukan sebarang transaksi.

Info Ejen Insurance

Sudahkah anda dilindungi insuran kesihatan? Bagaimana pula insurans hayat?
Oh, ada lagi..ada kereta? Kalau tak bayar insuran memang tak boleh perbaharui cukai jalan taw!
Jangan risau. Saya bukan hendak promosi insurans. Saya bukan ejen.
Tetapi saya memang sudah bengang sama ejen-ejen tidak bermoral.
Tahukah anda berapa komisyen yang diperolehi oleh ejen-ejen insurans komprehensif (Pru, Takaful Ikhlas, etc)?
Anda boleh rujuk laman web ini –> klik sini

OK, umumnya komisyen ejen akan berakhir selepas 6 tahun. Selepas itu, adakah ejen-ejen ini akan terus berkhidmat untuk klien? Jika, anda ditimpa musibah katakan pada tahun ke-8, adakah ejen ini akan sempurnakan tuntutan insurans anda? Jawapannya boleh refer sini–> klik sini

Apa pilihan saya? Saya akan menghentikan kebergantungan kepada ejen. Saya mesti mendidik diri dalam urusan insurans keluarga agar apa saja musibah dan penambahbaikkan polisi boleh dilakukan sendiri.

Apa pilihan anda? Bayar premium bulan2, komisyen masuk kocek ejen, lepas 6 tahun (tak payah tunggu 6 tahun pun tak apa), ejen cabut!!  (^_^)

Apapun, didiklah diri anda. Duit dan ikhlas, dua perkara berbeza.

1 Hari 1 Origami : Unta Kontot

MLM dan riba’ pendapatan tambahan

Malam tadi aku sambung baca blog Adib Mu’addib (http://aididmuaddib.blogspot.com/) mengenai MLM. Aku cuba fahamkan muslihat di sebalik sistem ni. Siap bawa marker dan papan tulis ke bilik tidur untuk simulasikan sistem MLM ni. Ummi pun layan je la.. Jadi, aku mengistiharkan diri aku sebagai anti-MLM. Walaupun sistem piramid ni memang boleh menjamin kekayaan, tetapi mekanismanya membawa kepada rezeki yang HARAM. 

Sekarang ni bukan main ramai lagi orang yang terjebak masuk ke MLM ni. Aku naik menyampah kalau orang tag di Facebook dengan gambar-gambar duit. Iklan tepi di Berita Harian Online pun memuakkan aku. Gambar bersama BMW, duit bersusun… yang membuatkan aku lagi muak ialah orang-orangnya bertudung sopan. Mereka tak sedar ke yang duit yg diorang dapat tu tak berkat. Kemudian sesuka hati tulis pendapatan halal tanpa ada panel syariah yang menilai apa yang diorang buat.

Sekarang ini macam-macam cara orang nak dapat duit. Macam-macam muslihat. Islam hanya pada nama, solat hanyalah sebagai ritual..tiada pengisian. Pada suatu ketika, aku teringin juga menyertai pelaburan emas. Tetapi melalui pembacaan aku ternyata pelaburan emas membawa kepada risiki riba. Cukuplah fungsi emas itu sebagai menambak nilai wang, bukanlah sebagai komoditi yang didagangkan. Jadi aku pun kena jauhkan diri.

Sebelum itu aku pernah juga cuba mempelajari Foreign Exchange. Pun begitu berasa sangsi dengan keuntungan yang diperolehi, aku tinggalkan forex ini.

Kemudian aku berkira-kira untuk sertai ejen insurans. Tetapi aku juga rasa sangsi dengan sistem komisyen. Aku masih lagi mencari jawapan kepada persoalan komisyen ini sebab ia mirip kepada MLM. Pencarian kepada persoalan ini akan diteruskan. Walaupun riba itu berleluasa contohnya dalam pinjaman perumahan dan saham, tetapi adalah tanggungjawab kita untuk meminimumkan hasil riba itu dalam darah daging keluarga kita. Biarlah tidak kaya, asalkan tidak makan duit riba kerana seringan-ringan riba itu adalah seperti berzina dengan ibu sendiri.

“Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang menikahi (menzinai) ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya]. 

dipetik dari mykhilafah.com