Browse Category

Apple

Skrin MacBook hitam lepas Boot

Bagi ini stress.

Bila on MacBook Air, skrin hitam.
Dah la banyak kerja nak kena buat.
Riki-riki di google.

Cara 1
Tekan butang Power selama 10 saat untuk off.
Tekan sekali lagi untuk on.

–> Dengar bunyi chime, tapi skrin tetap hitam..huhu

Cara 2
Ulang cara 1.
Bila dengar bunyi chime, terus tekan Cmd +Option + R+P serentak sampai banyak nampak flash skrin, lepaskan.

–>Berjaya!!!

Downgrade Java 8 kepada Java 7 untuk Mac

Untuk yang telah terlanjur update Java kepada Java 8, IMS UPSI akan bermasalah untuk dibuka.
Jadi berikut adalah prosedur untuk kembalikan Java 7 bagi pengguna Mac.
Untuk Windows, syoh! syoh!

Prosedur berikut telah berjaya bagi saya (MBA, OS Yosemite) dan bbrp rakan yg lain.

Langkah 1: Tutup semua Application tak berkenaan.

Langkah 2: Uninstall Java 8.

Buka Application Terminal (taip je Terminal pada Spotlight), copy paste commad berikut:

sudo rm -fr /Library/Internet Plug-Ins/JavaAppletPlugin.plugin

Enter/Return

Quit Terminal

Langkah 3: Restart Mac

Langkah 4: Download dan Install  jre-7u71-macosx-x64.dmg
http://www.oracle.com/technetwork/java/javase/downloads/jre7-downloads-1880261.html

Langkah 5: Set Security Level
System Preference>Java>Security
Select Medium

Langkah 6:
Cuba try boleh buka tak IMS?
Kalau x boleh..lantaklah..haha

Ada masalah lagi? Rujuk pautan berikut
Donwgrade Java for Mac

mini CD tersekat dalam drive MacPro

Pinjam CD dalam bentuk mini dari Library U*S*
Masukkan dalam drive MacPro, terus stuck tak boleh keluar.

Jumpa penyelesian di Mac-Forum :

MAKE SURE YOUR MACBOOK IS POWERED DOWN

1. Very carefully inserting a straightened out paper clip about one inch into my cd/dvd drive. Keep it ro the right and you should feel some spring tension. apparently that is a manual release switch you feel there.

2. Press the clip towards the tight so that the “switch” is fully depressed.

3. While the switch is depressed move your laptop in a quick forward motion, thus forcing the disk out of the slot.

May take a few attempts, I had to actually upend my laptop and give it a little shake but the disk came out quickly.

Berjaya!
Moral: jangan masukkan Mini CD dalam drive MacPro

masalah ethernet port MacPro

Semalam, tiba-tiba MacPro aku tidak boleh layari internet. Aku cek status Ethernet di Preferences, “no connection”. Lampu kabel di router pun tidak menyala. Aku tukar kabel lain, sama juga.
Aku cuba cari penyelesaian di internet gunakan komputer bini. Kemungkinan, ethernet port rosak (akibat kejutan arus elektrik?).

Aku pun buat temujanji pukul 1.45 petang dengan Genius Bar cawangan Sapporo melalui laman web Apple. Kami sampai 30 minit awal, tetapi oleh sebab tidak berapa ramai pelanggan, staf Apple bawa kami terus ke Genius Bar. Cek punya cek, rupa-rupanya salah satu wayar pada port membengkok. Juruteknik luruskan wayar, terus OK! Lega. Tidak payah hantar untuk pembaikian.
Balik, rumah terus cuba sambungan internet. Tiada masalah ^_^

Stor Apple Sapporo
Kenang-kenangan

Kompas Arah Kiblat

Kompas Klasik
Menentukan arah kiblat yang tepat merupakan elemen yang penting dalam menunaikan sembahyang bagi umat Islam. Saya masih ingat lagi kompas kiblat pertama saya beli di Plaza Angsana, Johor Bahru pada tahun 2000 dengan harga RM25. Bentuknya lebih kurang seperti di bawah ini (gambar di ambil dari sumber internet).

Kompas ini disertakan dengan buku panduan kecil di mana nombor bagi lokasi tertentu diberikan. Sebagai contoh katalah kita berada di Kuala Lumpur dan nombor lokasinya “22”. Maka kompas dipusingkan/dilaraskan sehingga jarum hijau betul-betul berada di atas tanda “22”. Arah kiblat ditunjukkan oleh anak panah. Biasanya kawan-kawan akan pinjam sekiranya mereka pindah ke rumah sewa baru, atau bertukar bilik di kolej. Seingat saya kompas yang kini berada di rumah saya adalah kompas ke-3 setelah yang sebelum-sebelumnya hilang entah kemana.

Jam Casio CPW-310
Pada tahun 2005 saya mencari jam tangan di Plaza Bukit Bintang, KL dan terjumpa model jam islamik yang menarik ini. Harganya sekitar RM300. Jam ini mempunyai ciri-ciri berikut
1) Menentukan arah kiblat
2) Menentukan arah utara dsb seperti compass biasa
3) Mengira waktu solat dan “alert” sekiranya masuk waktu


Perhatikan anda bahagian menonjol di sebelah kiri jam dimana terletaknya sensor kompasn. Untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat, kedudukan longitud dan latitud perlu dimasukkan. Kedudukan geografi bagi bandar-bandar utama seperti Tokyo, KL, Jakarta telah sedia ada dalam memori jam. Tetapi untuk penentuan yang lebih tepat, kedudukan geografi lokasi semasa boleh dimasukkan jika latitud dan altitude diketahui. Kelemahannya jam ini ialah resolusi kompas agak rendah (+-11.25 darjah). Namun secara kasar dapat membantu saya kerana saya selalu juga outstation di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2008, jam saya ini tertinggal (lalu hilang) di tandas selepas mengambil wudhu’ di Jepun. Peristiwa ini menjadi modal utama isteri saya untuk memperli saya sekiranya saya ingin membeli gadget elektronik sehingga ke hari ini 🙂 kerana saya memang seorang yang pelupa dan sering “terhilang” barang. Tetapi pada penghujung 2009, saya telah beli yang baru dengan variasi latarbelakang hitam dari seorang teman di Singapura. Sekarang ia berada kemas di pergelangan tangan saya.

iPhone 3GS
Bulan Mac yang lalu bateri telefon bimbit saya telah mencapai hujung hayatnya setelah 2 tahun digunakan. Model bateri tersebut pun telah outdated dan tiada lagi dipasaran. Jadi saya telah membeli iPhone 3GS 16GB. Antara fungsinya ialah kompass. Saya telah memuatturun aplikasi percuma dari eQibla.

Aplikasi eQibla hanya perlukan liputan 3G. iPhone akan mengenalpasti lokasi semasa dan arah kiblat akan ditentukan secara automatik. Dengan aplikasi ini juga, waktu solat juga akan dikira secara automatik berdasarkan lokasi semasa. Hebat bukan? Jadi kemana sahaja anda pergi di dunia ini, eQibla akan membantu anda dengan syarat adanya liputan 3G.

Ketiga-tiga gadget di atas amatlah membantu sekiranya anda seorang yang selalu berkerja atau melancong di luar kawasan. Di Malaysia, arah kiblat dapat ditentukan secara kasar berpandukan arah matahari terbenam. Namun, bagi negara di luar kawasan Khatulistiwa seperti Jepun, Jerman, New Zealand dsb, prinsip arah matahari terbenam tidak boleh dijadikan panduan yg tepat kerana kedudukan matahari terbenam berubah sepanjang tahun bergantung kepada 4 musim. Waktu solat juga berubah secara ketara sebagai contoh di Sapporo, Jepun, solat subuh masuk pada pukul 1.40 pagi pada Musim Panas dan pada pukul 5:30 pagi pada Musim Sejuk. Bagi solat isyak pula pukul 9:30 malam pada Musim Panas dan 5:57 ptg pada Musim Sejuk.

Perkara yang penting dalam penentuan arah kiblat menggunakan sebarang jenis kompas termasuk gadget2 di atas ialah JAUHI DARI BAHAN LOGAM DAN PERALATAN ELEKTRONIK ketika penentukuran. Ini kerana kesan medan magnet dari logam dan arus elektrik pada alat elektronik akan memesongkan kompas anda.

Sekian Wallahua’alm