Kesahan Instrumen

Dr boleh sahkan instrumen saya?

KESAHAN INSTRUMEN

Setiap tahun pasti datang musim pelajar terutamanya yang membuat kajian sains sosial seperti bidang pendidikan mencari pakar untuk mengesahkan instrumen kajian penyelidikan tahun akhir mereka. Atau mungkin peringkat pascasiswazah

Instrumen yang dimaksudkan adalah seperti soalan temubual, borang soal selidik, modul, ujian diagnostik dan sebagainya untuk mengukur sesuatu yang ingin dikaji.

Tapi tahukah anda apa tujuan mendapatkan kesahan bagi instrumen anda?

Bukan sebab penyelia suruh.

Bukan sebab senior buat, ikut saja.

Bukan sebab proses nampak gempak.

Sebelum kita nak ukur sesuatu contoh minat membaca, kita kena ada alat pengukur.

Nak ukur berat pakai penimbang.

Nak ukur tinggi pakai pembaris.

Tetapi dalam sains sosial, alat pengukur ini adalah instrumen yang saya nyatakan awal2 tadi.

Untuk pastikan instrumen anda ini mengukur apa yang ingin betul2 diukur, maka proses kesahan diperlukan.

Kita tak mahu penimbang digunakan untuk ukur panjang, pembaris guna ukur berat.

Jadi macam mana nak pastikan instrumen kita sah?

Salah satu caranya ialah dengan penentukuran oleh beberapa pakar. 

Beberapa ya, bukan seorang sahaja.

Kalau dalam bidang sains dan teknologi, penentukuran ini ialah proses pengukuran sesuatu berulang2 dengan objek rujukan. Contohnya, pembaris disahkan dengan mengukur beberapa objek yang sama dimensinya supaya pembaris itu betul2 beri nilai yang betul. 

Begitu juga dengan instrumen, mesti disahkan oleh beberapa pakar bidang yang diukur.
Jangan pula instrumen bidang jawi ko tanya pakar bidang mandarin. Main sebat ja mmg tak sah lah..

Contoh:

Kuantiti yang nak diukur: kebolehan membaca jawi

Instrumen: Ujian Bacaan Jawi

Jadi katakan anda bina sendiri instrumen itu, anda pun katakanlah buat 10 soalan yang berbeza tahap kesukaran.

Kemudian anda kategorikan markah 

9~10 hebat

6~8 mantap

4-5 memuaskan

<3 teruk

Bila dah siap soalan, baru anda bagi kepada beberapa pakar.

Dari 10 soalan berapa yang pakar A setuju, pakar B setuju

Kira pekali kesahan, boleh guna Cohen Kappa (cari sendiri)

Kalau pekali tinggi >0.7 kita boleh kata instrumen kita sah.

Kalau kureng, boleh perbaiki instrumen.

Kita kena bagitahu pakar apa tujuan instrumen kita.
Instrumen kita nak ukur apa, kalau tak memang kena bambu la dengan pakar.

Ingat pakar tukang cek tatabahasa ke apa?

Sebelum bagi pakar periksa instrumen anda, pastikan instrumen anda telah

  • bebas kesalahan ejaan
  • bebas kesalahan tatabahas
  • bebas kecacatan format
  • telah dibincangkan dengan penyelia
  • proses membina instrumen telah melalui kajian terperinci, setiap soalan/item yang dibina mesti ada sebab ia wujud

Entri ini hanya sebagai panduan ringan supaya adik2 mahasiswa tidak terkapai dan asyik kena marah je dengan pensyarah kan..hehe

Semoga bermanfaat

#PensyarahMuda Kadri

76 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply