Google Map Sapporo

Lokasi restoran, cafe halal di Sapporohttps://goo.gl/maps/drQDXmVKphn

Spot Sekitar Sapporohttps://goo.gl/maps/EMydU7Ninn72

Kedai Menarik Sekitar Tanukikoji Sapporo (Ala2 petaling street/jalan TAR) : https://goo.gl/maps/MpHTeznCSn12

Tanukikoji 1 Choume

  • Shichi Kuraya (質蔵屋)- Jam, Beg, Aksesori Terpakai Berjenama
  • Janbara (じゃんばら)- Gajet Terpakai  (Apple, Android, PC, Mac, etc)

Tanukikoji 2 Choume

  • DAISO (ダイソー)- Kedai 100 yen, 5 Tingkat
  • Kanariya (カナリヤ)- Kedai Kain dan Peralatan Menjahit &Kraf, 5 Tingkat. Aras bawah sekali ada fabrik dengan corak Jepun.

Tanukikoji 3 Choume

  • 2nd Street (セカンドストリート) – Jam, Beg, Pakai Terpakai (lebih kepada barangan berjenama)
  • The Gold (ザ。ゴルド)- Jam, Beg, Aksesori Terpakai Berjenama

Tanukikoji 4 Choume

  • Indian Food Dining JYOTI (インディアンフードダイニング ジョーティ)- Hidangan halal
  • 2nd Street (セカンドストリート)- Jam, Beg, Pakai Terpakai (lebih kepada barangan remaja)
  • Donki Hote (ドンキ)- Kedai pelbagai, kostum, pakaian ranggi, gajet, etc. OPEN 24 hours.

Tanukikoji 5 Choume

  • Calbee Plaza (カルビープラザ) – Kit Kat pelbagai perasa, produk Nescafe & Calbee
  • Rabu Neko (らぶねこ)- cafe kucing (nekokafe), sambil lepak sambil main dengan kucing.
  • Iki Laboratory (イキラボ)- Hidangan halal

Tanukikoji 7 Choume

  • Raw Food Cafe LOHAS (ローフードカフェロハス)  – Hidangan halal

Tanukikoji 9 Choume

  • Kitanekoya (きたねこや)- cafe kucing (nekokafe), sambil lepak sambil main dengan kucing.

 

BELUM DIKEMASKINI..huhu

+ Masuk percuma

Spot Wajib Sapporo :

  • Sapporo Clock a.k.a Tokeidai
  • Sapporo TV Tower
  • +Oodori Park
  • +Hokkaido Former Government Building

Spot Sunat Sapporo :

  • Shiroi Koibito Park – Taman tema dan tempat penghasilan produk coklat terkenal di Jepun.
  • Mt Moiwa – Menaiki kereta kabel ke puncak tertinggi di Sapporo
  • Norbesa – Ferris Wheel atas bangunan. Pemandangan malam sapporo yang indah.

Spot Harus Sapporo :

  • Hokkaido Historical Village – Seperti Taman Malaysia, menunjukkan replika dan sebenar bangunan lama di Hokkaido seperti pejabat pos, rumah nelayan, rumah pemimpin dan figura terkenal.
  • +Moerunuma Park – Taman seni yang luas dan penuh inspirasi. Terdapat pertunjukan sea fountain yang hebat! (sila rujuk web untuk jadual).
  • +Asahiyama Park – Pemandangan Sapporo, saya suka pergi waktu malam (masuk tiada bayaran)
  • Takino Suzuran Park – pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga, dan bersiar-siar
  • +Jozankei Dam – Sesuai pergi bulan 10, pemandangan indah musim luruh.

Spot Tak Kesah Sapporo :

  • Okurayama Ski Jump – Bekas acara olimpik musim sejuk.
  • +Hokkaido University – terbuka untuk awam
  • +Satoland – pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga, dan bersiar-siar
  • +Muzium Salmon – ketahui hidup salmon
  • +Fushimi Inari Temple (伏見稲荷神社) – klon 1000 gates yang ada di Kyoto. Spot menarik untuk fotograf.

Komen untuk pandangan anda!
InsyaAllah ditambah baik dari semasa ke semasa.

52 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply