Makanan Halal di Nara, Jepun

Minggu lalu saya menghadiri persidangan di Nara, Jepun.

Saya berkesempatan cuba beberapa hidangan berat yang halal, iAllah.

Saya susun ikut kesedapan.

Lokasi saya tandakan di peta berikut.

A) Kebab Turki

Web: https://www.halal-navi.com/restaurant/kebab-shop/dqm0woxulyxw5y21

Kali pertama saya datang pukul 6 ptg dah habis.
Hari ke-2, saya datang pukul 5 ptg tinggal sikit lagi, alhamdulillah sempat merasa.
Yang saya pegang ni kebab sandwich harga JPY500. Waktu dingin2 makan memang sedap.
Tapi sebenarnya di pasar malam Malaysia lagi sedap.

B) Renesa Asian Restaurant

Web: https://www.halal-navi.com/restaurant/renesa-asian-restaurant/8ly4j48ude3w06xq (English)
Lokasi: Di lorong berbumbung, beberapa langkah saja dari warung turki kebab A.

Restoran ini ada jual tomyam, mee goreng dan nasi goreng.
Harga sedikit mahal.
Saya cuba beriyani kambing.
Rasa macam nasi minyak orang kahwin.
Macam tak sepadan dengan harga JPY1,600, mahal sangat.
Sebab saya pernah rasa beriyani kambing yang lagi sedap di Sapporo harga bawah JPY1,000.

C) Nara Machi Jinniyah
Web: http://halalramen.jp (English & 日本語)
Lokasi: Nara Machi (agak jauh dari laluan utama Sanjo-dori)

Saya cuba Cold Tomato Ramen with Chicken, tapi saya minta yang panas.
Rasa lebih kurang macam mee rebus, ayam keras dan berbau.
Mungkin ayam sejuk beku.
Kalau sekadar merasa bolehlah, tapi saya tak ulang lagi rasanya akan datang.
Dengan harga JPY1,120 saya lebih suka beli dua kebab turki di atas.

D) Tendon Makino (TIADA PENGESAHAN HALAL YA)

Web: https://www.toridoll.com/shop/search/store?id=111016 (日本語)
Lokasi: Senang nak jumpa, sebab terletak antara Daiso & Mister Donut di laluan belakang Station Kintetsu Nara atau sederet dgn McD.

Walaupun tempura guna sayuran dan hidupan laut, kita kena pastikan sama ada minyak gorengan yang sama digunakan untuk ayam dan babi.
Banyak-banyak kedai yang saya sempat lalu, restoran ini sahaja yang tidak jual tempura daging (ayam/babi).
Saya tengok menu yang ditawarkan semuanya tempura ikan, sotong, sayuran, belut..yang bukan daging.
Dia goreng depan kita.
Harga pun berpatutan.
Saya pesan tendon seperti dalam gambar harga JPY1,200.
Tendon ni ialah nasi kosong yang ditimbuni tempura, jadi bawah timbunan tempura ada nasi sebenarnya lalu disiram kicap.
Berbaloi & kenyang! Cuma takde sambal la pula.

E) SASHIMI  (TIADA PENGESAHAN HALAL YA)

Anda boleh juga pergi ke mana-mana pasar raya untuk beli sashimi di bahagian makanan laut.
Boleh la makan dengan roti ke, atau nasi segera untuk sumber protein.

Nikmati Nara!

60 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply