Tip Solat Ketika Melancong

Bersolat ketika melancong?
Pergi angkasa pun wajib bersolat ye..

Solat di taman berdekatan, Otaru Canal

Tapi macam mana nak wudu’?
Solat kat mana?

Saya mengkhususkan tulisan ini kepada melancong di negara Jepun.
Namun boleh diguna pakai untuk negara-negara non-muslim lain, cuma sedap sikit nak menulis kalau guna contoh khusus.

1️⃣Tip 1: Sentiasa bawa bahan-bahan berikut dalam beg sandang.
1- Waktu solat bercetak
2- Sejadah kecil/alas solat
3- Penyembur air kecil / botol air
4- Kompas kiblat/ Smartphone dgn app solat
5- Fabrik/Pakaian menutup aurat

2️⃣Tip 2: Siap2 cetak waktu solat.
Boleh cetak dari (https://www.islamicfinder.org/).
Jepun ini negara 4 musim.
Musim panas panjang siangnya.
Musim sejuk pendek siangnya.
Jadi waktu solat berubah-ubah.
Contohnya subuh di Sapporo ialah 1:40 pagi pada Jun (Summer) dan 5:49 pagi pada Disember (Winter), banyak beza tu!

3️⃣Tip 3: Bawa alas solat atau sejadah.
Kain selendang pun boleh asalkan boleh alas solat.
Nak cari surau ke masjid ke memang xlah macam Malaysia.
Kalau ada masjid, entah2 kunci.
Masjid bukan besar2, kebanyakkan lot kedai yang disewa sebagai masjid.
Jadi, alternatif untuk bersolat
1- cari taman
2- ruang-ruang terlindung di stesyen subway, keretapi
Kalau boleh jangan terbuka sangat tempat kita nak bersolat.
Kita tak tahu kadang-kadang mungkin ada ancaman daripada anti-islam ketika sedang bersolat.
Sekarang banyak lapangan terbang yang sudah menyediakan ruang solat.
TETAPI kebanyakkan bukan khusus untuk orang Islam.
Ruang ini dinamakan “prayer room” untuk semua agama.
Jadi, ada yang tak disediakan tempat wudu’ dan arah kiblat.
Mereka hanya sediakan ruang sahaja. Bersyukurlah…
ELAKKAN bersolat dekat-dekat dengan sebarang tiang atau bucu dinding.
Sebabnya, itu tempat favorite anjing kencing atau pemabuk muntah/kencing.

Ke ruang sembahyang, New Chitose Airport, Hokkaido
Ruang kosong. Bilik ini bukan hanya untuk kegunaan solat muslim tapi untuk agama2 lain juga.

 

4️⃣Tip 4: Wudu’ atau tayammum
Bawalah siap2 penyembur air atau botol yang sudah berisi air.
Bila sampai waktu bersolat, sembur sahaja.
Jika darurat, bertayammum lah.

5️⃣Tip 5: Arah kiblat.
Disinilah tatkala kemahiran geografi dipraktiskan 😛
Oleh sebab Jepun bermusim, maka tempat naik dan turun matahari amat berbeza setiap hari!
☀️Berbanding negara kita dekat dengan garis khatulistiwa, sekurang-kurang kita boleh anggar tempat terbenam matahari.
Kiblat di Utara Jepun (Hokkaido) amat jauh berbeza dengan Selatan Jepun (Okinawa) relatif kepada tempat terbenam matahari.
Jadi, kalau boleh dapatkan sejadah ada lekat kompas dan baca panduan kompas tu elok-elok.
ATAU: siap2 update lokasi app solat anda setibanya di Jepun.
Oleh sebab melancong, bateri cepat habis jadi kalau terlalu bergantung pada smartphone tanpa backup jadual solat yang dicetak (Tip 2), payah juga.
Saya ada tulis mengenai kompas kiblat di sini-> KOMPAS KIBLAT

6️⃣Tip 6: Solat dalam kapal terbang
Saya sertakan video yang bagus menerangkan hal ini

-> https://youtu.be/erRADp73e9A

Tiada alasan untuk tak bersolat!

Semoga bermanfaat

#TipKembaraKadri

123 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply