Paspot Malaysia

Hari ini ambil cuti uruskan paspot, lesen memandu dan permit memandu antarabangsa.
Orang nak berjalan kan…hehe..ke mana? rahsia…tunggu!!
Paspot masing-masing pun dah tamat.
Izumi pula belum ada paspot lagi, kira permohonan baru.

Pukul 8:30 pagi sampai ke Imigresen Kuala Kubu Bharu.
Inilah suasananya, tenang kan?
Pukul 10.30 dah siap boleh ambil.
Sementara menunggu itu saya sempat ke JPJ untuk perbaharui lesen memandu yang nak tamat bulan depan.

Dokumen untuk permohonan baharu, Izumi 3 tahun
1- MyKid asal dan salinan
2- MyKad ayah atau ibu asal dan salinan
3- Surat beranak anak asal dan salinan
4-Duit RM100
5- Kanak-kanak mesti hadir sekali diiringi ibu/bapa/penjaga sah

Gambar tak payah, sebab dia capture di kaunter terus.
Pastikan anak pakai baju gelap.
Izumi ni dipakaikan tudung hitam.
Tapi kalau anak jenis tak boleh duk diam untuk ambil gambar, boleh siap-siap bawa gambar yang diambil di studio, latar belakang putih ya..tak sama dengan dulu latar belakang biru.

Dokumen untuk perbaharui paspot dewasa
1- Paspot lama
2- MyKad asal
3- RM200

Dokumen untuk perbaharui paspot kanak-kanak
1- Paspot lama
2- MyKid asal
3- RM100
4- Kanak-kanak mesti hadir sekali diiringi ibu/bapa/penjaga sah

Gambar memang semua snap depan kaunter.
Pastikan baju/tudung warna gelap.

Semuanya sah untuk 5 tahun.
Keseluruhannya saya belanja RM700 (RM200 x 2 dewasa + RM100 x 3 kanak-kanak)..huhu
Nak jalan-jalan punya pasal…

Selain itu anda perbaharui paspot boleh dibuat secara online.
Kalau mohon pagi, petang boleh ambil.
Mohon malam, esok pagi dah siap.
Linknya carilah sendiri..hehe..
Oleh sebab saya ragu-ragu kalau gambar yang saya muat naik tak sah, sama sahaja kalau saya buat di kaunter.

197 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply