Sarjana Pendidikan Fizik UPSI

Catatan ini ditulis untuk memberi maklumat penting yang sering ditanya kepada saya berkenaan penawaran Sarjana Pendidikan (Fizik) kepada calon sarjana yang berminat di Jabatan Fizik UPSI.

NAMA PROGRAM
Sarjana Pendidikan (Fizik) – S.Pend.(Fizik)
Master of Education (Physics) – M.Ed. (Physics)

MOD PENGAJIAN
Calon boleh memilih 3 mod pengajian. Setiap mod mempunyai kekuatan tersendiri. Sepanjang pengajian, calon dibenarkan menukar mod pengajian sebanyak sekali sahaja. Mod pengajian tersebut ialah

MOD A = Mod Penyelidikan (100% Tesis)
MOD B = Mod Campuran (50% Kerja Kursus + 50% Disertasi)
MOD C = Mod Kerja Kursus (85% Kerja Kursus + 15% Projek)

SESI AMBILAN
Dua kali ambilan setahun iaitu

  • Sesi Februari
  • Sesi September

Iklan untuk setiap sesi dibuka 3 bulan sebelum sesi.
*Permohonan dan ambilan untuk Mod A adalah sepanjang tahun.
Contohnya, jika calon Mod A daftar bulan November (setelah permohonan berjaya), beliau dikira berada pada pengajian Sesi September.

YURAN PROGRAM

*SILA LIHAT KATEGORI SAINS & TEKNIKAL

 

STRUKTUR PENGAJIAN

Jumlah Kredit untuk bergraduat ialah 42 Kredit untuk semua mod.

JUMLAH KREDIT (BILANGAN KURSUS x KREDIT PER KURSUS)

*Kursus audit wajib ialah GRU6014 Kaedah Penyelidikan Pendidikan

TEMPOH PENGAJIAN

CADANGAN PENGAJIAN
Calon mestilah mematuhi Minimum dan maksimum tempoh pengajian.
Oleh itu, saya mencadangkan perancangan pengajian berikut untuk tempoh optimum normal 4 semester.
Status Graduate On Time (GOT) adalah pengajian 4 semester.

SENARAI KURSUS
Waktu kursus-kursus dikendalikan pada hari Jumaat bermula 3 petang hingga 11 malam, dan Sabtu 8 pagi hingga 11 malam bergantung kepada taburan slot kuliah.

PENYELIAAN

Untuk MOD A & B, calon perlu menghantar proposal penyelidikan semasa memohon.

Oleh itu, terdapat dua cara
1) Calon sediakan sendiri, hantar dan Jabatan akan mencadangkan Penyelia yang sesuai.
2) Calon sudah berbincang dengan bakal penyelia, hantar dan Jabatan akan terus menamakan Penyelia untuk meneruskan kajian yang sudah dibincang bersama.

Penyelia juga bertindak sebagai Penasihat Akademik sepanjang pengajian.

Penyelia ialah pensyarah yang menyelia projek penyelidikan anda.
Penasihat Akademik ialah pensyarah yang menyelia dan menasihat pengajian anda.

Calon juga boleh menukar Penyelia bila-bila masa sepanjang pengajian dengan prosedur rasmi tertentu.

Penukaran Penyelia boleh dilakukan sekiranya berlaku kes seperti Penyelia tamat perkhidmatan atau berpindah IPT, ketidaksefahaman dan perubahan fokus kajian.

Calon dinasihatkan agar mendapatkan Penyelia yang sesuai untuk membantu perjalanan pengajian.

Mod Penyelidikan (Mod A)
Calon wajib mengambil dan lulus kelas audit 4 jam kredit Kaedah Penyelidikan Pendidikan.
Umumnya, kelas ini akan membantu calon menyediakan proposal yang mantap bagi tujuan pembentangan proposal.
Calon dikehendaki membentang proposal selewat-lewatnya pada semester dua untuk perakuan fakulti.
Syarat bergraduat Mod A ialah sekurang-kurangnya 1 Jurnal Berwasit untuk melayakkan Tesis dihantar untuk semakan.
Tesis yang disemak 2 Penilai, Seorang Penilai Dalaman (dalam UPSI) dan Seorang Penilai (dari IPTA lain) dengan sesi viva dipengerusikan oleh Ahli Akademik yang dilantik UPSI.

Mod Campuran (Mod B)
Calon dikehendaki mengambil kursus wajib hadir dan lulus sejumlah 20 Kredit.
Sama seperti Mod A, calon dikehendaki membentangkan proposal selewat2nya semester 3. Skop kajian Mod B lebih kecil berbanding Mod A.
Syarat bergraduat Mod B tidak memerlukan penerbitan, wajib menghantar Disertasi untuk semakan. Tesis yang disemak 2 Penilai Dalaman (dalam UPSI) dengan sesi viva dipengerusikan oleh Ahli Akademik yang dilantik UPSI.

Mod Kerja Kursus (Mod C)
Untuk mod ini, calon akan diletakkan di bawah Penasihat Akademik untuk membantu sepanjang pengajian.
Oleh sebab calon akan Projek Penyelidikan, dinasihatkan agar calon terus mendapatkan Penyelia Projek dan mula berbincang tentang skop projek yang ingin dilakukan.
Penasihat Akademik bukan secara automatik menjadi Penyelia Projek.

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

Terdapat banyak jenis penyelidikan yang boleh dijalan calon bergantung kepada minat dan kecenderungan serta padanan kepakaran dan projek sedia ada Penyelia di Jabatan Fizik.

Berikut merupakan contoh kajian:

Kajian Tinjauan
1- Tahap Salah Konsep Daya dan Gerakan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Zon Selatan
2- Pembinaan Instrumen Inventori Sikap dan Jangkaan Terhadap Pembelajaran Fizik

Kajian Pembangunan Modul/Aplikasi
1- Pembangunan Modul Interaktif Topik Optik Tingkatan 4 Bagi Pelajaran Bermasalah Penglihatan
2- Pembangunan dan Kebolehgunaan Aplikasi Alat Mudah Alih Berasaskan Teori Permainan Topik Keradioaktifan PraUniversiti

Kajian Keberkesanan
1- Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pembelajaran Osiloskop Sinar Katod Bagi Pelajar Tingkatan 5
2-  Keberkesanan Modul Active Learning in Optics (ALOP-UNESCO) Terhadap Pencapaian Fizik Guru Pelatih di Melaka

Kajian Kualitatif
1- Ekplorasi Strategi Berfikir Pelajar Prauniversiti Dalam Penyelesaian Masalah Mekanik Aras Tinggi

Rujukan:
http://www.ips.upsi.edu.my/

Semoga Bermanfaat
Tertakluk kepada pindaan semasa.

 

FREQUENTLY ASK QUESTIONS

1- Saya merupakan guru tuisyen dan berminat untuk M.Ed. (Physics). Adakah saya boleh memohon?
Jika anda graduan Bachelor Sains dan Kejuruteraan berkaitan Fizik, adalah boleh memohon untuk pertimbangan.

2- Saya bergraduat Bachelor Sains Fizik dengan CGPA 2.47. Adakah saya boleh memohon?
Syarat semasa (rujuk website ) ialah CGPA> 2.75. Namun begitu, pengalaman berkerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan Pendidikan Fizik boleh dikira sebagai kesetaraan CGPA yang melonggarkan syarat kemasukan berdasarkan CGPA.

3- Saya ingin menjadi guru di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya pemegang Bachelor Sains (Fizik Kesihatan). Adakah dengan M.Ed. (Physics) ini, saya boleh diserapkan sebagai guru?
Syarat kelayakan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG ialah
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) atau
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan atau
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (IPPG) atau
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau
Syarat khas yang ditetapkan oleh KPM.
M.Ed. (Physics) bukan laluan untuk ke PPPS.

4- Saya berminat untuk meningkatkan ilmu dalam Pendidikan Fizik, namun saya tidak tahu untuk membuat kajian apa dan terkini. Boleh bantu?
Tuan/Puan boleh mencari penyelia bersesuaian selepas mendaftar. Mengikut kursus-kursus yang ditawarkan dan pergaulan dengan rakan seperjuangan akan membuka minda anda tentang kepelbagaian bidang dalam Pendidikan Fizik yang menarik minat anda untuk dalami.

5-Saya dari Sabah dan sukar untuk ke UPSI. Namun berhasrat untuk M.Ed. (Physics).
Mungkin Mod A sesuai untuk anda. Namun anda wajib berada di kampus sekurang-kurang 1 semester untuk mengikut Kursus Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Setelah itu, anda boleh lakukan kajian di tempat anda sendiri dengan perbincangan berkala melalui komunikasi jarak jauh seperti email, telepersidangan, video call.
Jika lebih daripada 10 orang berminat, boleh hubungi Fakulti untuk penawaran khas M.Ed.(Physics) Mod C Eksekutif dimana pensyarah UPSI akan ke tempat anda untuk perbincangan/kuliah mengikut jadual tertentu. Oleh sebab itu, kos pengajian lebih tinggi kerana mengambil kira kos perjalanan pensyarah.

6-Bagaimana saya boleh mencari bakal Penyelia?
Boleh ke https://portal3.upsi.edu.my/cms/DirektoriPakar/searchDirectory.jsp pilih Specialization, Pilih Fizik untuk Staf Akademik di Jabatan Fizik.

Kemaskini 1 Mei 2017.

1,257 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook10Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

2 Comments

  • Yusri

    May 1, 2017

    Assalamualaikum
    Sy garaduate bachelor kejuruteraan mekanikal sistem upm
    Pernah menjadi jurutera selama 3 tahun
    Selepas itu saya menjadi guru fizik sehingga sekarang 14 tahun dah

    Reply
    • kadrimy

      May 2, 2017

      macam x lengkap saja komen ini? hmmm…
      nak bertanya ada memberi pernyataan?

      Reply

Leave a Reply