Persediaan Ke Sekolah Cina (SJKC)

Anak sulung sekarang sudah Tahun 2 di SJK(C).

Alhamdulilah, boleh buat. Takdelah cemerlang sangat, tak top 10 pun. Sederhana sahaja.

Tapi saya optimis dia semakin maju dalam pelajarannya, iAllah.

Dia sedang berusaha menguasai Bahasa Cina untuk kuasai mata pelajaran Sains dan Matematik yang juga diajar dlm Mandarin.

Perbendaharaan kata dia terhad, jadi bermasalah hendak menjawab soalan dalam mandarin walaupun dia tahu jawapan.

Ramai kawan-kawan tanya macam mana nak masukkan anak ke sekolah cina, SJKC.

Sebenarnya bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Kalau ikutkan boleh saja masuk terus Tahun 1 tanpa ada asas tadika atau prasekolah aliran cina.

Ada sekolah tak bagi, jadi kena tanya sekolah yang kita hasrat nak hantar anak tu. Perancangan kena awal. Ada sekolah yang wajibkan anak bermula seawal 4 thn utk meneruskan persekolahan di premisnya.

Macam sjkc di tempat saya ni, saya memang dah masukkan anak ke prasekolah 5 tahun dan 6 tahun sebagai transisi ke Sekolah Rendah.

Nanti takdelah terkejut dan terus stress dengan pelajarannya.

Saya dan keluarga pun takde  yang ada latarbelakang pendidikan cina yang boleh membantu.

Biasanya iklan prasekolah negeri selangor buka bulan Ogos tahun sebelumnya.

Untuk pendaftaran ke Tahun 1 juga ibu bapa kena update dgn sekolah di negeri masing-masing.

Si Kakak berjaya masuk prasekolah 5 & 6 tahun.

Tapi Si Abang permohonan gagal utk masuk prasekolah 5 tahun sebab kuota dah cukup. 

Jadi, saya masukkan ke Tadika aliran Cina di Tadika Matahari Ria, Tg Malim.

Permohonan ke prasekolah 6 tahun saya hantar lagi, kalau tak berjaya kekallah dia di Tadika itu.

Pendaftaran masuk ke Tahun 1 dengan sekolah yang sama dgn Si Kakak pun sudah buat.

Si Abang diharapkan dapat masuk Prasekolah 6 Tahun

Keputusan prasekolah biasanya keluar bulan november. 

Di prasekolah mereka memang diajar oleh guru berbahasa cina dengan pembantu muslim. (Bergantung kepada sekolah)

Jadi, bab makanan tiada masalah.

Tapi bila sudah masuk sekolah, kena bawa bekal sendirilah.

Air sebotol mesti di bawa Kakak & Abang. Rutin sebelum sekolah isi sendiri air dari mesin coway. Senang. Berminat dengan water purifier coway? Klik sini –> http://www.kadri.my/coway/

Di sekolah anak saya, disediakan satu meja untuk pelajar muslim untuk waktu rehat. Ada tak sampai 10 org murid muslim berbanding jumlah keseluruhan murid hampir 200 org. Memang minoriti sangat.

Kepada yang berminat hantar anak ke SJKC harap rancang elok2 supaya mereka boleh cemerlang dalam kedua-dua pelajaran dan komunikasi Mandarin.

Sebab ada anak yang memang tak boleh bawa pelajaran dalam Mandarin, keluarkan dan masuklah ke dalam  Sekolah Kebangsaan. 

Itu saja dulu, nanti saya pos lagi entri berkenaan pengalaman menyekolahkan anak di aliran cina ni.

3,733 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook68Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply