Iqra’ 

Hiro sudah masuk 5 tahun.

Jadi, sudah boleh perkenalkan iqra’.

Sebenarnya boleh mulakan lebih awal.

Cuma Hiro ada masalah lewat pertuturan, jadi fokus kepada pertuturannya dahulu.

Sekarang sudah sampai huruf “ro”.


Saya bersama Hiro selepas isya’.

Tak boleh lama-lama ajar.

Maksimum 10 minit, sebab fokus budak-budak akan pudar dengan cepat.

Biarlah sikit-sikit asalkan berterusan.

Ajar Hiro tiada masalah.

Mungkin sebab dia dah biasa tengok kakaknya diajar, dia kelihatan bersedia setiap kali dipanggil untuk iqra’, dia akan seger datang dengan semangat.

Setiap kali baca satu muka, puji dia dan cium sekali didahinya.

Target, akhir Mac selesai iqra’ 1.

532 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply