Bengkel Portfolio Pengajaran

Alhamdulillah, berkesempatan menyertai bengkel yang disampaikan oleh Professor Abd Karim Alias, penerima Anugerah Akademik Negara 2008 untuk kategori pengajaran.

Beliau berkongsi pengalaman menyediakan Portfolio Pengajaran yang menjadi kriteria utama penjurian anugerah ini.

Antara perkara yang saya pelajari

1) falsafah pengajaran
Setiap pendidik pasti ada falsafah yang dipegang dalam pengajarannya.
Cuma tidak ditulis dengan nyata dalam bentuk ayat.
Saya sendiri pun masih cuba meletakkan dalam satu ayat mudah.

2) pendidik melabur (berkorban) dari segala segi (masa, wang, komitmen dan sebagainya)

3) wikispaces
Wikispaces ialah tapak maya dan boleh digunakan untuk interaksi dan perkongsian bahan dengan pelajar dan perkongsi

4) weebly
Sekarang semua orang boleh bina web sendiri. Weebly boleh digunakan untuk menyediakan protfolio pengajaran untuk rujukan sendiri, pelajar dan pendidik lain.
Weebly Prof. –> http://profkarim.weebly.com/
Weebly saya (baru lahir) –> http://kadrimy.weebly.com/

5) storify
Aplikasi web ini membolehkan kita membuat kronologi seperti blog dengan fungsi yang lebih menarik. Saya belum teroka lagi aplikasi ini.

6) Penyelidikan + Pengajaran
Prof berjaya mengintegrasikan penyelidikan dalam pengajaran dengan memasukkan contoh-contoh dapatan ke dalam bahan pembelajaran pelajar.

7) Semua orang boleh
Prof membuktikan bahawa walaupun kepakaran beliau dalam Teknologi Makanan, namun beliau boleh mengajar dengan penerapan kaedah dan alat pendidikan terkini.
Amat mengkagumkan kerana literasi ICT beliau sangat baik.

8) Bukti
Portfolio mesti mengandungi bukti.
Tanpa bukti tiada apa yang boleh diyakinkan.
Jadi, berikut adalah bukti penyertaan saya dalam bengkel tersebut.

281 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply