Trip ke Porto Portugal : Siri 2

Sambungan dari Siri 1

Tandas Portugis

Saya kini berada di Porto, Portugal untuk persidangan.
Setakat ini saya tidak jumpa lagi tandas cangkung, semuanya mangkuk.
Yang menariknya, di hotel dan restoran terdapat satu mangkuk kecil di sebelahnya.
Pada firasat saya mungkin fungsinya untuk rendam seluar dalam atau pun untuk cuci kemaluan dan punggung.

Pagi ini saya bertanya kepada rakan sepersidangan:

Me            : I am sorry, what is the ‘tab looking thing’ next to the toilet?
Portugese : You mean the smaller bowl?
Me            : Yup.
Italian       : Oh! That’s bidet.
[bidet ialah pemancut air]
Me            : I have never seen such thing.
Italian       : It’s common in Latin American Countries such as Spain and Portugal.
Portugese : Yeah, usually at home, hotel and restaurant.
Me            : [owh…. menarik! tandas jepun lain pula halnya –> http://kadoridesuyo.blogspot.pt/2010/03/tandas-jepun.html]

Macam-macam rupanya kaedah manusia mem’buang’.
Terjumpa pula satu laman khas untuk tandas seluruh dunia.
Memang menarik –> http://www.toilet-guru.com/

Semalam saya ingin ke tandas, saya dapati tiada tanda lelaki/perempuan.
Yang tertulis hanyalah SENHORAS dan HOMENS.
Saya keliru.
Saya duga HOMENS pasti untuk WOMEN kerana bunyinya hampir sama.
Manakala SENHORAS untuk MAN, kerana ‘senorita’ daripada apa yang saya tahu ialah perempuan lawannya mestilah ‘senhoras’ untuk lelaki.
Jangkaan saya silap, nasib baik ke dua-dua tandas tersebut berkunci.
Bertahanlah saya untuk membuang air kecil ke tandas terdekat yang lain pula.

278 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply