Trip ke Porto Portugal : Siri 1

Kali ini alhamdulillah saya berpeluang untuk membentangkan hasil penyelidikan di Education and Training in Optics ke-5 (ETOP 2013) di Fakulti Sains, Universiti Porto, Portugal. 
Rezeki saya persidangan ini diadakan dalam bulan ramadan pula. Perjalanan saya bermula dgn penerbangan Air France dari KLIA ke Paris CDG. Kemudian terpaksa pula bertukar lapangan terbang Paris Orly (ORY) yang memerlukan saya menaiki bas pengantara EUR20 utk 90 minit perjalnanan.
Di ORY ada disediakan ruang untuk solat, tetapi bukan hanya untuk orang islam sahaja.
Ruang solat
Penerbangan 12 jam KL- Paris dan airport transfer amat memenatkan. Perut pula amat lapar, makanan yang dijual di cafe tidak menyelerakan kerana kebanyakannya berasaskan rori disumbat pula dgn daging yang pastinya tidak halal. Alhamdulillah ada juga makanan jepun berasaskan nasi. Dapat juga mengalas perut.
Chirashu Sushi

Ketika menulis entri ini, saya sedang menunggu penerbangan seterusnya le Porto dgn Air Portugal yg akan mengambil masa lebih 2 jam lagi. Harap2 disediakan makanan yang menge’bom’kan. Saya telah pun memesan makanan muslim untuk trip penerbangan kali ini.
Bersambung..

191 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply