Panduan Persediaan ke Luar Negara

Kepada yang biasa pergi membentangkan kertas kerja atau berurusan di luar negara, pasti urusannya mudah kerana agak rutin. Namun bagi yang jarang-jarang atau pertama kali untuk ke luar negara, pasti sesuatu yang agak merisaukan atau terlupa apa yang perlu dilakukan.

Berikut mungkin senarai semak berguna sebelum kita ke luar negara.

1) Passport yang masih aktif.

2) Tidak disenaraihitamkan untuk ke luar negara. Akhir-akhir ini ramai anak muda diisytiharkan muflis akibat keberhutangan dengan bank atau PTPTN menyebabkan mereka tidak boleh ke luar negara.

3) Tiket penerbangan yang sah. Pastikan lapangan terbang, masa tarikh penerbangan adalah betul. Jika transit, pastikan nama lapangan terbang mendarat dan berlepas. Kini, menjadi kebiasaan yang memerlukan kita berpindah lapangan terbang, contohnya Haneda Airpot dan Narita Airport yang berada di Tokyo, Jepun juga Orly Airport dan De Gaulle Airport di Paris. Seperti juga Lapangan Terbang Subang dan KLIA di Malaysia. Jika anda perlu berpindah, silalah rancang kaedah transportasi anda agar tidak ketinggalan penerbangan seterusnya.

4) VisaPeriksa sama ada anda perlukan visa untuk memasuki sesebuah negara.
Boleh check di sini –> http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens
Double check di sini –> http://www.kln.gov.my/

5) Keperluan Muslim: Makanan, waktu sembahyang, kiblat Laman berikut mungkin dapat membantu untuk mencari info tersebut –> http://www.islamicfinder.org/

Perkara lain ialah penggunaan tandas. Kebanyakan tandas di seluruh dunia tidak menyediakan paip air untuk kebersihan selepas membuang hajat. Saya cadangkan anda membawa botol kecil kosong di dalam beg atau saya sendiri membawa portable bidet yang sangat bermanfaat –> http://kadoridesuyo.blogspot.pt/2011/02/tandas-jepun-versi-2.html

6) Kewangan Sediakan wang tunai secukupnya dalam mata wang negara yang ingin dikunjungi. Jika sukar didapati, tukarlah kepada mata wang USD sebagai simpanan untuk ditukar di kaunter pengurup lapangan terbang di destinasi.

7) TelekomunikasiTidak banyak lapangan terbang yang menyediakan perkhidmatan WiFi percuma, jadi anda mungkin bermasalah untuk mendapatkan informasi pantas. Pastikan anda mengaktifkan pelayaran antarabangsa dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi anda. Periksa kadar panggilan dan penggunaan internet agar anda tidak terkejut dengan bil yang dicajkan kelak.

Saya menggunakan YesLife Web untuk telefon ke Malaysia. Mereka menggunakan kadar yang rata seluruh dunia.

8) ElektrikPeriksa standard Elektrik di destinasi kunjungan. Di Malaysia standard elektrik ialah 240V 50Hz. Di Jepun 100 V 50Hz memerlukan transformer untuk menaikkan voltan bagi kegunaan peranti dari Malaysia. Periksa juga jenis plug.Terdapat pelbagai bentuk plug yang digunakan diseluruh dunia. Biasanya komputer riba menerima semua jenis bekalan elektrik, cuma pelu dibeli plug untuk disesuaikan dengan negara yang dikunjungi. Belilah universal plug yang boleh diselaraskan dengan apa juga bentuk plug sekiranya anda tidak pasti jenis plug yang digunakan.
9) Pakaian : Negara yang anda kunjungi mungkin berada dalam musim sejuk yang melampau dan anda hanya memakai kemeja pendek. Periksalah suhu dan keadaan cuaca di destinasi kunjungan anda.

10) Perubatan : Pastikan anda membawa ubat-ubat berkaitan kerana pasti sukar untuk mencari farmasi di waktu kecemasan.

11) Bahasa : Satu dunia tidak berbahasa Inggeris sahaja. Bersedia dengan beberapa perkataan asas bahasa pertuturan di destinasi kunjungan seperti Ya, Tidak, Terima Kasih.

12) Perlindungan : Anda mungkin memerlukan Insuran atau Takaful Perantauan untuk melindungi perjalanan anda seperti risiko ketinggalan penerbangan, beg hilang atau pun dimasukkan ke hospital di luar negara. Anda boleh membeli pakej perlindungan sebelum berlepas.

13) Perhubungan : Maklumkan kenalan tentang perjalanan anda. Dapatkan no telefon kedutaan/konsulat Malaysia di negara kunjungan sebagai langkah persediaan jika anda memerlukan bantuan nanti. Pautan berikut mungkin membantu –> http://www.kln.gov.my/

Semoga Bermanfaat!

305 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

2 Comments

  • iza su

    August 3, 2013

    Assalamualaikum Dr,
    kalau macbook yg kita beli di malaysia, kena beli transformer juga ke kalau mahu bawa ke jepun?

    Reply
  • kadori-san

    August 3, 2013

    Wslm,

    Biasanya semua laptop boleh guna seluruh dunia sbb kalau periksa pada power adapted ada tulis input 100~240V maknanya boleh pakai utk bekalan voltan 100 hingga 240V. Jepun n US 110V, maknanya xde masalah.
    Hanya kena pakai plug adaptor sbb bentuk pin plug x sama.

    Reply

Leave a Reply