Semoga Adindaku Sembuh – Faudzi Umar

Entri ini ditulis sebagai satu catatan kronologi musibah yang berlaku ke atas adinda Faudzi @ Poji (FB: Abu Dzulfikar) untuk teman-teman yang mengenali beliau yang ingin mengetahui keadaan semasa beliau.
Catatan ini ditulis melalui maklumat yang saya ketahui sahaja dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. iAllah.

Gambar saya (yang tersipu malu) bersama Poji dan rakan sekerja lain pada bulan Jun yang lalu.

Sehari sebelum kemalangan, beliau telah membuat coretan berikut.

Hari Pertama 18 Ogos 2012 (Sabtu)
Poji kemalangan dalam di sekitar Parit Buntar (sempadan Perak, Kedah dan P Pinang).
Beliau dalam perjalanan dari Tg Malim ke Kuala Perlis dengan bermotorsikal seorang diri.
Punca kemalangan tidak diketahui.
Polis perlis berjaya menjejaki rumah keluarga belia melalui alamat kad pengenalan yang dijumpai.
Poji dihantar ke Hospital Taiping (hospital terdekat dengan Parit Buntar dalam negeri Perak).

Hari ke-2 19 Ogos 2012  (Ahad)  
Saya mengetahui kemalangan beliau di pagi Aidilfitri melalui FB.
Terus saya menghubungi rakan, Syahrizal (staff Jabatan Kimia UPSI) yang berasal dari Taiping untuk membantu keluarga dan mendapatkan perkembangan Poji.
Poji berada dalam ICU Hospital Taiping.
Tidak sedarkan diri, banyak tulang rusuk dan peha kiri yang patah.
4.30 ptg, keadaan beliau stabil dan mula sedarkan diri.


Hari ke-5 22 Ogos 2012 (Rabu)
10.45 pagi Poji masuk bilik bedah untuk memasukkan “besi” ke peha kirinya.
3.00 ptg pembedahan selesai dengan jayanya.

Hari ke-8 25 Ogos 2012 (Sabtu)
1 Tghhari : Saya menerima panggilan dari Poji.
Saya gembira beliau boleh berbicara.
Poji mengadu tidak berapa ingat banyak perkara.
Saya hanya nasihatkan beliau terus berehat.
Tidak perlu fikirkan banyak perkara yang tak perlu.
Sempat saya berjenaka agar beliau “flirt” jururawat yang berkenan.

2 Ptg: Poji dipindahkan dari Hospital Taiping ke Kedah Medical Center (KMC) Alor Setar untuk rawatan yang lebih rapi dan dekat dengan keluarga dari Kuala Perlis.
Kos perubatan di KMC ditanggung dengan perlindungan takaful PruBSN yang diambil beliau namun terhad kepada RM50k setahun. Jadi perlindungan kos perubatan ini mungkin bertahan kurang dari 2 minggu dengan purata kos RM4.5k sehari sebelum dipindahkan kembali ke hospital awam berdekatan (mungkin Hospital Sultanah Bahiyah) untuk rawatan susulan.

Hari ke-12 29 Ogos 2012 (Rabu)
Gambar dalam wad pemulihan KMC.
Saya mendapat tahu ibu Poji berulang hari-hari dari Kuala Perlis ke KMC Alor Setar dengan bas.

Hari ke 14 31 Ogos 2012 (Jumaat)
Terima SMS 7.00 pagi dari Dr Su yang Poji dalam keadaan tenat.
Poji dimasukkan semula ke dalam ICU kerana kesukaran bernafas.
Pukul 10 pagi kami sekeluarga bertolak dari Tg Malim ke Alor Setar dan tiba pada 3.15 ptg.
Poji tidak sedarkan diri dibawah tindakan bius, bantuan pernafasan 100% oksigen.
Sebaknya melihat Poji di depan mata, seluruh badan bengkak.
8 mlm mendapat tahu bantuan pernafasan diturunkan kepada 70% dan Poji sudah sedar.

Hari ke 15 1 September 2012 (Sabtu)
8.10 pagi bertemu dengan Dr Manikumar untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan Poji.
Sistem perkumuhan berfungsi baik.
Kecederaan di banyak bahagian semakin pulih dan kering.
Saya gembira melihat Poji sudah mengangkat tangan dan sedar.
Bantuan pernafasan kekal 70%. Bius tidak diperlukan lagi.
Sesak nafas tiba-tiba di hari sebelumnya mungkin disebabkan jangkitan peparu atau gumpalan darah yang kecil di seluruh bahagian peparu.
Ubat anticoagulation diberi untuk mencairkan gumpalan darah.

1.00 tgh sekali lagi melawat Poji. Gembiranya melihat beliau boleh berkomunikasi dengan saya.
Tidak boleh bercakap kerana mulut dimasuki tiub oksigen dan susu.
Poji menulis dengan pen untuk berkomunikasi.
Petangnya mendapat tahu bekalan oksigen diturunkan kepada 40% alhamdulillah.

Hari ke 16 2 September 2012 (Ahad)
Kami membelikan kerusi boleh laras untuk mak poji.
Mak poji dan Farah (adiknya) telah berada di luar ICU sejak 2 hari yang lalu.
Dengan kerusi menunggu sedia ada diluar ICU, sukar bagi emaknya tidur dengan baik dan risau akan menjejaskan kesihatan mereka pula.
Walaupun emaknya sudah berada sejak Jumaat, tapi dia tidak pernah pun masuk menjenguk Poji.
Hanya setia menanti di luar. Mungkin tidak sampai hati melihat keadaan poji.
Terharunya, setelah Poji menulis dengan darah yang mengalir di hidungnya “mana mak” di atas tangannya, barulah emaknya masuk melawat.
1.45 ptg, saya dan isteri melawat Poji sebelum bertolak pulang ke Tg Malim.
Bekalan oksigen masih 40%.
Dr Mani minta penderma darah B+ sebagai persediaan jika Poji kekurangan darah.

Hari ke 17 3 September 2012 (Isnin)
Bekalan oksigen dihentikan.
Poji boleh bernafas sendiri sepenuhnya.
Namun tidak boleh bercakap lagi, mungkin akibat menahan sakit kerana terlalu lama mulut dimasukkan tiub.

7:00 ptg Poji disuapkan aiskrim seperti disarankan Dr. Mani untuk mengurangkan sakit luka di kerongkong akibat tiub yang dimasukkan beberapa hari sebelum ini.
Namun masih belum mampu berbicara.
InsyaAllah Poji akan dipindahkan ke wad biasa esok atau lusa.

Hari ke-18 4 September 2012 (Selasa)

Poji sudah boleh berjenaka dan berbicara.
Rupa-rupanya sepanjang 3 hari yang lalu beliau tidak bergitu mengingati wajah pelawat.
Patutlah saya hairan apabila beliau menulis “doakan ku sihat isteri dr kadri” kepada isteri saya.
Memang beliau tidak ingat nama isteri saya pada waktu itu.




Hari ke-21 7 September 2012 (Jumaat)
Poji telah keluar dari wad ICU dan masuk ke wad biasa, masih lagi di KMC Alor Setar.
Prof Rosly menelefon Farah (adik Poji), tetapi Poji yang jawab.
Alhamdulillah Poji sudah boleh berbicara seperti dulu.
Beliau terharu kerana mendapat tahu ramai rakan-rakan yang membantu dan menziarahi beliau walaupun jauh beratus kilometer dan dalam keadaan beliau sendiri tidak dapat mengingati pelawat-pelawatnya.
Had maksimum perlindungan insurans akan tercapai dalam masa terdekat, jadi keputusan harus dibuat sama kekal di KMC dengan kos ribuan ringgit semalam, atau dipindahkan ke Hospital Awam.
Beliau akan dipindahkan ke Hospital Awam, samada Kangar, Alor Setar atau Pulau Pinang dalam masa terdekat ini.



Hari ke-23 September 2012 (Ahad)
Saya mendapat tahu dari informer yang Poji sudah dibenarkan pulang semalam.
Jadi saya call Farah (adik poji) untuk kepastian.
Saya berpeluang bercakap dengan Poji.
Sekarang Poji memang sudah berada di rumahnya di Kuala Perlis.
Butir bicara sudah seperti biasa, cuma pergerakannya masih terbatas.
Beliau perlu menjalani latihan fisioterapi untuk menguatkan pergerakan.
Pemeriksaan susulan akan dilakukan di KMC.

Terima kasih kepada yang sudi membantu, setakat ini saya menerima online transfer melebihi RM500 untuk disampaikan kepada Poji.
Sumbangan masih lagi terbuka untuk yang sudi.


Poji dan keluarga amat memerlukan sokongan dari pelbagai segi.
Poji adalah anak sulung dari 3 adik beradik bersama seorang ibu tunggal.



1) bantuan derma yang ingin disumbangkan untuk menanggung pelbagai kos perubatan, pengangkutan keluarga dan pelbagai
2) sokongan moral agar beliau kuat menghadapi musibah ini 
3) titipan doa kalian
4) penderma darah B+ sebagai back-up (pastikan penderma tidak makan sebarang ubat dalam jangka masa 2 minggu terkebelakang)

Jika ada yang sudi menyumbangkan mana-mana di atas, boleh hubungi saya untuk saya beri no akaun (Maybank/Bank Islam/Bank Rakyat/CIMB/BSN -banyaknya akaun saya! huhu) atau butiran lanjut melalui 
1) email kadrimy at yahoo.com (at = @)
2) telefon 017 200 6114 (sms dulu sbb saya selalui tak layan nombor yang tidak diketahui)

3) private message –> https://www.facebook.com/shahrul.kadri  

*no akaun tidak boleh dipaparkan kerana risau serangan spam dan fraud 

Sudah pasti saya merindui masa yang kami luangkan bersama sebelum ini kerana kami selalu berdiskusi selepas 5 ptg di pejabat mengenai banyak perkara: paradoks EPR, kebergeliutan foton, korupsi akademik dsb. 
Cintanya beliau pada ilmu fizik dijelmakan dalam blog beliau –> http://metafizik-inderakayangan.blogspot.com/
 

537 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply