Senangla…

Member: Wife ko kerja apa?
Aku: Tak kerja, full-time house manager.
Member: Oo..senang la ko. Wife tak kerja.
Aku: Apa maksud ko “senang”?
Member: Yela, anak jaga sendiri.
Aku: Dah tu, suruh la wife ko berenti kerja..supaya ko “senang”.

Single-income family sudah menjadi semakin asing dalam masyarakat Malaysia.
Kalau isteri tak berkerja, keadaan ekonomi rumahtangga akan terjejas.
Bagi kami sekeluarga, bukanlah keputusan mudah untuk Ummi berhenti dan bertugas sepenuh masa di rumah.
Herdikan dan pandangan sinis dari orang-orang kampung, kawan-kawan dan sekeliling.
“Ada degree tapi duduk rumah, buat apa?”
Ummi lulusan ijazah UUM. Ummi berkerja di beberapa syarikat selepas graduat sehinggalah berkahwin dengan aku. Ummi berhenti kerja dan ikut aku sambung belajar ke Jepun.
Tapi kami sepakat. Kami hidup sederhana. Dua2 anak yatim, biasa hidup susah.

Mengamalkan single-income family, bermakna:
1- Kurangkan makan di luar. Aku selalu bawa bekal dari rumah. Pelik ke?
Member2 selalu ingat aku balik makan tengah hari di rumah (10 minit perjalanan). Tapi sejak aku mula bertugas, boleh bilang dengan jari la berapa kali aku balik tengah hari ke rumah. Itu pun bukan sebab makan tengah hari, tapi tertinggal barang.
2- Menaiki kancil ke tempat kerja. Kalau boleh nak naik motorsikal je. Tapi motorsikal nak kena beli. Duit tu.. alang2 kancil Ummi beli masa dia bujang dulu ada, pakai jelah. Sapa nak beli boleh kontek aku. Kancil Hitam SE 2006 Manual. Harga boleh runding 😀
3- Kurangkan perjalanan dan leisure tidak perlu. Kami selesa duduk rumah. Bercucuk tanam di tepi rumah dan main masak2 di dapur..hehe.. macam mana la aku nak kurus macam nih.
4- Berbelanja barangan rumah dengan lebih bijak. Nanti aku sentuh bab ni lain kali.
5- Dan lain2 yang banyak berkaitan bajet. Semuanya harus sederhana. Kadang-kadang meleleh juga tengok rumah orang besaq2, keter besaq2, aksesori branded2. Tapi ku tahu, kebanyakannya hutang pun besaq2 juga kan. Nak ‘senang’ kena la macam tu..

Walaupun Ummi house manager, tapi Ummi bukan house manager cam dulu2 yang pagi2 pergi mesyuarat tingkap/pagar. Djaman sekarang depa bergossip di forum, blog dsb.
Ummi juga berjinak2 dalam urusan kraftangan online. Ni nak promote sikit –> http://ielazcraft.blogspot.com/

Oleh kerana bajet pon cut sana sini, tangan Ummi xdelah bergayut2 rantai emas. Aksesori Ummi xde lah jenama yang susah nak eja macam wanita2 berKERJAYA masa kini. Sorry Ummi ye, ada rejki lebih Abi hadiahkan.

Melihat, menjaga, mendidik anak sendiri menjadi keutamaan kami buat masa ini. InsyaAllah semoga pelaburan yang ini mendapat pulangan di masa depan.

Jadi, korang ingat “senang” ke kalau tak berkerja. Cuba la korang try..!

422 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

2 Comments

  • N

    November 2, 2011

    tahniah ked..sbb balik sebelum 1 jan 2012..jeles i, dahla single-income famili gak

    Reply
  • kadori-san

    November 2, 2011

    tenkiu2..
    you kalau 0-income family pon no problem, harta warisan berkoyan2 x habis makan 3 generasi

    Reply

Leave a Reply