Konvokesyen

Sekarang tengah musim konvo. IPT sana sini meraikan konvo.
Pagi tadi dengar Sinar FM, ada hamba Allah ini ada konvo di UUM esok.
Esok isteri dia kena bersalin (Caesar). Jadi beliau tidak dapat hadiri konvokesyen.
Tetapi, beliau sanggup tangguh tahun depan untuk hadiri konvokesyen.
Begitulah bestnya konvo sampai sapa2 yang habis study mesti ingin melaluinya, memakai jubah, bergambar2 sakan sebagai memori indah dalam kehidupan.

Tetapi bagi aku, bila tengok orang berkonvo, mesti aku rasa meluat, benci. Mungkin aku jeles?
Ini ceritanya yang mungkin menyebabkan aku jadi macam ini.

1) Aku berkonvo pada Ogos 2002 di UTM untuk sarjana muda. Oleh kerana kepandaian “seseorang”, sesi aku dikelompokkan dengan sesi khas bersama Master dan PhD pada hari pertama. Ini kerana alhamdulliah aku dapat First Class Bachelor. Hanya aku dan seorang kawan shj yg Melayu dalam kursus Fizik pada sesi itu. Yang lain ramai cha ya nun alif. Kawan2 lain dianugerahkan pada sesi yang lain. Pada sesi khas itu, kursus lain Kimia dan Matematik ramai First Class dari kumpulan elit express MARA. Tujuannya dikelompokkan pada sesi khas itu ialah supaya bagi geng2 ini apparent dan menonjol dalam konvokesyen itu disebabkan program khas yang dianggap berjaya menghasilkan pelajar fast track yg excellent. Akibatnya aku terpisah dengan rakan2 dalam meraikan kegembiraan konvokesyen ini. Aku mmg betul2 frust.

2) Aku buat master di Univ Leipzig, Jerman. Di sana lepas aku tamat belajar, aku amik je sijil kat pejabat akademik. Memang tiada acara konvokesyen.

3) Aku terima PhD dari Hokkaido University. Di Jepun konvokesyen nya sangat ringkas (~ 2 jam). Tiada pemakaian jubah, hanya suit formal dan menghadiri majlis ucapan. Yang naik pentas pun wakil pelajar. Sijil di agih2 lepas majlis. Tapi sebab aku x hadiri majlisnya, penyelia aku pos dari sana.

4) Sebagai pensyarah, kadang2 kena giliran masuk dewan konvokesyen. Memanglah terseksa dan memboringkan.

5) Bila tengok student sendiri ada yg liat dan buat hal masa belajar, tapi masa konvo dialah yg paling over. Makeup x hengat.

Begitulah al kisahnya…

432 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

4 Comments

  • Meen

    October 10, 2011

    kelasss….. banyak sungguh ijazah dan kenangan konvo insan bernama Dr.Kadri.. hehehe.. part yg aku plg suka ialah bhgn last2, yg pensyarah kna masuk majlis konvo… dh la ko xbest konvo ko.. ko pi masuk pulak tetiap tahun tgk konvo org lain,.. ada pulak student yg makeup tak hengat.. kakaka… kelasssss…. memang bebulu la cerite die…

    Reply
  • kadori-san

    October 10, 2011

    Begitulah Min..ada tu student lab dtg lambat..pastu problem kita nak kene luluskan depa sbb arahan atasan, bila konvo dia lah yg paling over..senyum melebau.. kita plak kene paksa tengok depa graduate..TAPI kalau student yg baik tu, mmg rasa seronok dpt tengok depa seronok juga..hehe

    Reply
  • encikReza

    October 26, 2011

    wah!
    Dr Kadri, cayalah..

    Reply
  • kadori-san

    October 26, 2011

    NR: caya mendenye?

    Reply

Leave a Reply