Kos Elektrik Sebatang Lampu Kalimantang

Bulan Mei yang lepas ada taklimat keselamatan di Desa Kenari oleh Ketua Balai Polis Kalumpang. Antara langkah keselamatan yang disyorkan ialah memasang lampu di belakang rumah.
Biasanya kawasan belakang memang gelap. Kalau ada aktiviti pecah rumah, si perompak memang ikut belakang. Oleh itu, kalau cerah, aktiviti tersebut dapat dielakkan.
Semalam saya baru pasang lampu belakang. Memang cerahlah bahagian belakang.
Oleh itu jom kira kos elektrik untuk lampu kalimantang tersebut.

Kuasa sebatang lampu kalimantang = 40 W @ 0.04 kW
Di pasang dari pukul 8 malam sehingga 6 pagi = 10 jam @ 10 hours
Sebulan = 30 hari @ 30 days
Kos seunit kWh = RM 0.218*

Jadi kos elektrik untuk sebatang lampu kalimantang sebulan = 0.04 kW x 10 hours x 30 days x RM 0.218 = RM2.616

OK! RM2.70 untuk keselamatan rumah. Berbaloikah? ^_^

Sekarang ramai yang pasang lampu bilik kecil di bilik tidur. Biasanya lampu ini mempunyai kuasa 2W. Tapi sebelum beli periksa betul-betul kuasanya. Lagi besar kuasa, lebih besar kosnya. Untuk lampu 2W dengan formula di atas, kos elektriknya ialah RM0.13. Murah kan? hehe..

Perlu diingat kuasa tinggi tak semestinya lampu lebih cerah. Contoh lampu pijar mentol (dalam dia ada filamen) yang cahaya oren tu biasanya 40W, tapi lampu putih yang jenis Philip tu kuasanya dalam 10 W (kuasa rendah, kos elektrik rendah, tapi cahaya cerah).

*diambil dari http://www.tnbbuzz.com/

1,911 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

2 Comments

  • wave

    June 20, 2011

    Mentol bulb tu sebenarnya guna 36w. Power loss dalam choke @ magetic ballas = ? W

    Rasanya pengiraan itu benar untuk mentol panjang dengan electronik ballas.

    Reply
  • kadori-san

    June 20, 2011

    kalau kurang benar, boleh tolong jelaskan pengiraan yang benar untuk orang kampung macam saya ni faham?

    Reply

Leave a Reply