PhD: berakhirnya sebuah cerita

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…tak putus mulutku menyebutnya.
Tepat jam 4:30 ptg, bermula sesi Viva terakhir Phd ku yang dihadiri oleh 13 orang professor dan juga beberapa orang rakan dari lab yang sama.
Selepas 30 minit, diaju pelbagai soalan. Alhamdulillah, dapatlah aku menjawabnya dengan ilham dariNYA.
Keputusannya, alhamdulillah lulus. Tidak perlu lagi urusan pembetulan tesis, hanya tinggal urusan penjilidan yang akan aku lakukan esok untuk simpanan di Universiti Hokkaido dan Perpustakaan Negara Jepun.

Jumaat ini genap 3 tahun 6 bulan aku di Jepun menimba ilmu.
Alhamdullilah, penganugerahan Doctor of Engineering atau dalam Bahasa Jepunnya 博士(工学) akan berlangsung di hujung bulan Jun. Tetapi..pos sajalah nampaknya 🙂
Suka dan duka menjadi sejarah.
Terima kasih Ummi, Iman, Mak2, Keluarga, Rakan2
Terima kasih Rakyat Malaysia dan Jepun yang menaja pengajian pengajianku.
Sabtu ini, kami akan berlepas pulang.
Dan mengakhiri sebuah cerita dari kehidupan yang fana ini.
Alhamdulillah..alhamdulillah..

914 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

15 Comments

  • Maira Anjami

    April 13, 2011

    Alhamdulillah..
    otsukaresamadeshita^_^
    sotsugyou omedetou gozaimasu~!

    Reply
  • Along Maklong

    April 13, 2011

    Alhamdulillah..
    Tahniah diatas kejayaan anda..
    harap teus kenal makcik walaupun dah bergelar DR…

    Reply
  • kak norzu

    April 14, 2011

    tahniah Dr Kadri…we are very proud of you…:)

    Reply
  • ann

    April 14, 2011

    Assallam. Tahniah dan Alhamdulillah Dr. Kadri atas kejayaan anda dengan izin Allah. Amanah menanti anda di Malaysia. Jemputlah dtg ke JB klau ada masa.

    Reply
  • rumitomo

    April 14, 2011

    omedetou en. kadri & semua yg bersama2 mengharungi perjuangan di bumi orang. perjuangan masih belum berakhir dan akan bersambung di bumi tanah tumpah pulak. selamat kembali ke tanah air. kite jumpe di tanjung malim nnt ye? ekekekeke.

    Reply
  • .: Syafi and Me :.

    April 14, 2011

    Alhamdulillah..
    Tahniah Dr Kadri.. Balik JB nanti jgn luper blanje aku…

    Syoknya dah viva, aku ni je lmbat lagik…

    Reply
  • kadori-san

    April 14, 2011

    This comment has been removed by the author.

    Reply
  • kadori-san

    April 14, 2011

    MA: anata no okage demo arigatou
    Mkck : Ala..makcik lagi popular la ni di Alam Siber
    K Norzu : xde apa nk dibanggakan..biasa2 aja sih
    ann: JB? siapakah dirimu ?
    Ika : apo lak aku blanje ko..ko la belanja aku.hehe
    rumitomo : aik? blog baru lagi? ..ok2 tg malim ha…best2
    abg halim: tu la..bersedia menghadapi culture shock!

    Reply
  • Cheng See Yuan

    April 14, 2011

    oh! omedeto Kadri sensei!

    Reply
  • Anonymous

    April 14, 2011

    Segala puji untukNya. Tahniah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat.

    Dr(wannabe) Fairus

    Reply
  • Meen

    April 15, 2011

    Alhamdulillah… tahniah Dr.Kadri… pass without correction… sgt dasat tuh… tahniah sekali lagi… doakan kejayaan aku… tgh risau ni kemungkinan yang bakal berlaku… mungkin ke aku selesaikan perjuangan aku ni sbb skrg aku dh mula rs tak tertanggung dan tak termampu nak bawa…. risaunye… risaunye….

    Reply
  • Jemi

    April 15, 2011

    alhamdulillah….pak sedara yg dpt dijadikn sumber inspirasi & contoh teladan kpd anak2 sepupu…pokcik banggo…

    Reply
  • My MAA

    April 17, 2011

    Alhamdulillah…Congrats Kad! Very happy and proud of you….lepas dah tanggungan aku sorang…..doakan aku Kad!

    Reply
  • perantau.tt

    May 5, 2011

    tahniah Dr.! sorang lg budak smakl dh bergelar Dr! proud of u.. kejap ko buat ek. org lain cam lama giler

    Reply
  • kadori-san

    May 5, 2011

    Dr. Wannabeb :syukran ya akhi
    SCY : balik! balik!
    Jemi : xdo bondo nak dibanggokan
    Meen : selamat menempuhi liku2 PhD ek
    Mazeq : aku menantimu menyerang keli bako!
    Azral: kejap mende..lamo dah ni..beranak pinak lagi nih ha

    Reply

Leave a Reply