pesta patung – hinamatsuri

Hari-hari Abi dapat laporan dari Ummi yang Iman tidak mahu makan nasi.
Berkejar-kejaran kalau mahu disuapkan nasi. Mulut ditutup rapat-rapat.
Pagi ini Abi terlebih rajin, buatkanlah Iman sarapan + makan tengahhari.
Ummi puasa hari ini (konon-konon diet 🙂
Hasilnya..

Haha.. OK x? Kandungannya ialah :
– agar-agar merah/koko yang Abi buat semalam
– burger ayam
– keju sekeping
– timun
– kek ikan berkarakter pikachu

Abi sengaja buat bentuk bintang sebab sekarang Iman suka nyanyi lagu “twinkle-twinkle little star”.
Kalau nampak bentuk bintang, dia jerit “dinggle!!” (~twinkle) sambil kembang kuncupkan jejari kenitnya.

Apabila sampai di pejabat, Abi buka laman google.

Tak perasaan yang hari ini ialah hari pesta patung atau hinamatsuri di Jepun. Sebelum ini pun memang tak peduli pun, sebab bukan cuti umum dan bukannya Abi sambut pun.
Hinamatsuri itu apa?
Hinamatsuri yang bermaksud pesta (matsuri) patung (hina) di sambut pada 3 Mac.
Untuk keluarga yang ada anak perempuan, patung-patung maharaja, maharani dan pegawai atasan di pamerkan dalam rumah pada bulan Februari. Dipercayai unsur jahat akan diserap dalam patung-patung ini.
Pada 3 Mac, patung-patung ini dibuang untuk membuang unsur-unsur jahat ini.
Kalau lambat buang, anak perempuan tersebut akan mendapat jodoh yang lambat.
Di pasaraya, memang set patung-patung ini dijual pada bulan Februari.
Kemuncaknya 3 Mac, di mana pelbagai kuih muih dan produk kiut miut berkaitan hinamatsuri dijual.

Jadi, menu yang Abi buat pagi ini sebenarnya tiada kaitan dengan hinamatsuri.
Tambahan pula kepercayaan dalam hinamatsuri ini bercanggah dengan Islam yang dianuti.

345 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

2 Comments

  • .: Syafi and Me :.

    March 6, 2011

    Anak aku plak suka makan.. Nasi impit dgn kuah sup mmg fav dia..

    SV aku prof dr husin wagiran, dr suhairul hashim.. Aku lari bidang ke fizik kesihatan under radiation dose group research… Geran prof husin..

    Reply
  • kadori-san

    March 6, 2011

    Prof Husin bila nak pencen?

    apa2 bidang pun lari x lari..fizik jugak..
    lain le ko amik PhD mickey mouse mcm Fazly asmara..kekeke

    Reply

Leave a Reply