Tandas Jepun versi 2

Saya ada menulis mengenai jenis-jenis tandas di Jepun di pautan ini.

Kali ini saya ingin menulis beberapa gajet yang berkaitan dengan tandas yang dikomersialkan di Jepun,

1) Penyembur mudah alih.
Keluaran syarikat TOTO yang terkenal mengeluarkan peralatan tandas.Ringan dan boleh dimasukkan dalam tas tangan wanita (disertakan bersama beg sarung). Mampu diisi dengan air sebanyak botol kecil air mineral (~250). Menggunakan bateri bersaiz AA. Pancutan berterusan sehingga 20 saat (kemudian air habis, kena isi semula). Tekanan airnya agak kuat.

Memang sesuai sangat untuk dibawa ke mana sahaja, maklumlah tandas awam di Malaysia macam mana kan? Kalau di luar negara pula biasanya tiada pili air, kena guna tisu tandas. Juga untuk yang beranak kecil, untuk tukar napkin pun sesuai ketika diluar rumah. Saya sudah memiliknya 🙂
Harganya lebih kurang RM200 (JPY6,000). Mahal juga, tapi sebab guna duit Yen, tak berapa rasa sangat ^_^. Lagipun beli guna point card. Sengaja mahu habiskan point. hehe.
Juga dibandingkan dengan faedah praktikaliti untuk orang yang suka berjalan macam saya, memang berbaloi2 dari segi kebersihan diri.

2) Alat mengeluarkan bunyi flush.
Alat ini biasanya terkenal dikalangan wanita Jepun. Malu jika masuk tandas, kencing menderu-deru atau hajat “plop-plop” bunyinya.
Untuk mengelakkan perasaan segan, picit alat ini semasa melepas melalui pintu depan mahupun pintu belakang. Bunyinya seakan bunyi flush air. Biasanya digantung pada tas tangan wanita.
Yang bijak, boleh gunakan sahaja Iphone atau telefon mudah alih. Masukkan muzik flush dalamnya.

3) Tandas kitar semula
Tandas ini diperbuat daripada cardboard.
Selepas siap, ia mampu menambung berat sehingga 180 kg!
Bila masa mahu guna? Ya..begitu bijak sekali kepala hotak orang Jepun ni.
Tandas ini digunakan sekiranya tandas rumah anda dalam proses renovasi.
Kalau seminggu tiada tandas, boleh la pasang tandas ini.
Kalau ada kenduri kendara ke, boleh juga. Atau berkelah ke..

4) Sofa alas kencing.
 Aduh..macam-macam. Tetapi inovatif. Ini namanya sunnah? Kencing melutut?
Seperti yang diilustrasikan, kencing berdiri atau duduk akan menyebabkan percikan air kencing.
Kalau kencing berdiri, bunyi “beruuuup..”malu kan jiran sebelah. Hehehe.
Penyelesaiannya adalah sofa untuk lutut. Bagus juga benda ini untuk mengurangkan percikan dari pancutan padu kaum adam..hehe

Kalau diperhatikan, memang bagus dan menjaga kebersihan. Orang Islam sepatutnya mencontohi.
Saya terfikir inovasi untuk mengambil air sembahyang tanpa ada percikan-percikan basah.
Kalau orang Jepun ialah orang Islam, apalah yang dihasilkan ya.

702 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply