Bentuk kepingan salji

Aduss, salji semakin lebat di Sapporo. Pagi tadi Abi langsung x boleh nampak jalan. Menderu-deru salji turun dengan lebat berserta angin kuat. Peha Abi rasa kejang macam berjongging 10 km (padahal paling jauh pun 1 km..heheh). Agaknya meredah salji “fresh” setinggi hampir 30 cm memberi tekanan lebih pada kaki. Iman beruntung dapat merasa salji di Sappori ni walaupun nanti Iman mesti sudah lupa pengalaman ini.

Iman perasan x bentuk salji ini ada macam-macam. Ada kecil-kecil macam aiskrim solero. Ada macam gula-gula kapas. Ada macam lidi-lidi kecil. Abi paling suka kalau bentuk kepingan 6-segi. Kalau masa salji keping turun, Abi suka tadah, lepas tu tengok bentuk-bentuk yang bermacam corak. Ni gambar yang sempat Abi rakam dengan Iphone.

Iman nampak x? 6-segi kan? Kalau tengok yang real nampak dia punya corak yang cantik-cantik. Bukan senang nak ambil gambar salji keping-keping nih. Sebab bila kita dah tadah, dia cepat cair sebab tangan kita kan ada haba, haba yang sedikit boleh mencairkan si salji yang kecil. Kalau nak tengok bentuk-bentuk lain boleh tengok sini –> http://www.its.caltech.edu/~atomic/snowcrystals/class/class.htm . Bentuk dan corak salji bergantung kepada suhu dan kelembapan. Subhanallah. Kalau belajar mengenai penghabluran nanti, Iman mesti faham macam mana salji keping terbentuk. Dari titisan wap air yang sangat kecil, kemudian diselaputi wap-wap air lain di permukaannya, lalu membetuk kepingan besar. Bentuk simetri 6 segi disebabkan ikatan kimia molekul air yang membentuk kekisi hablur. Ishk..Iman x faham yer? Xpelah, janji kita bertasbih dengan kekuasan Allah.

Ni pulak timbunan salji depan sekolah Abi. Kesian basikal-basikal tersebut.

Pintu masuk universiti  yang ‘simple’.

Laluan ke universiti bagaikan terowong.

Perjalanan sejauh hampir 1 km meredah ribut salji dari rumah ke universiti. Membuatkan kaki Abi kejang dan pipi mengeras.

Yang mengkagumkan Abi, walaupun cuaca dan keadaan geografi Jepun yang selalu terdedah dengan pelbagai bencana alam dan kesukaran, Jepun tetap juga maju. Semua itu bukanlah penghalang. Kagum betul.

498 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply