Info Ejen Insurance

Sudahkah anda dilindungi insuran kesihatan? Bagaimana pula insurans hayat?
Oh, ada lagi..ada kereta? Kalau tak bayar insuran memang tak boleh perbaharui cukai jalan taw!
Jangan risau. Saya bukan hendak promosi insurans. Saya bukan ejen.
Tetapi saya memang sudah bengang sama ejen-ejen tidak bermoral.
Tahukah anda berapa komisyen yang diperolehi oleh ejen-ejen insurans komprehensif (Pru, Takaful Ikhlas, etc)?
Anda boleh rujuk laman web ini –> klik sini

OK, umumnya komisyen ejen akan berakhir selepas 6 tahun. Selepas itu, adakah ejen-ejen ini akan terus berkhidmat untuk klien? Jika, anda ditimpa musibah katakan pada tahun ke-8, adakah ejen ini akan sempurnakan tuntutan insurans anda? Jawapannya boleh refer sini–> klik sini

Apa pilihan saya? Saya akan menghentikan kebergantungan kepada ejen. Saya mesti mendidik diri dalam urusan insurans keluarga agar apa saja musibah dan penambahbaikkan polisi boleh dilakukan sendiri.

Apa pilihan anda? Bayar premium bulan2, komisyen masuk kocek ejen, lepas 6 tahun (tak payah tunggu 6 tahun pun tak apa), ejen cabut!!  (^_^)

Apapun, didiklah diri anda. Duit dan ikhlas, dua perkara berbeza.

1 Hari 1 Origami : Unta Kontot

346 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

4 Comments

  • mazlan

    December 10, 2010

    En Kadri,

    saya turut berdukacita dengan pengalaman sedih en Kadri. Memang banyak ajen yang cabut. Tapi saya boleh katakan disini bahawa majoriti ajen tidak resign, tetapi telah di terminate oleh company atas pelbagai sebab. Sebab yang selalu menyebabkan terminate adalah ajen tidak achieve annual target sale. Company pula suka terminate ajen kerana bila dah terminate ajen, tak perlu lagi bayar komisen.

    Ajen insuran bergerak atas komisyen. Iaitu hubungan company dengan ajen bukan dalam bentuk employer-employee. Ajen ada kontract dengan company. Kalau dah kena terminate, nak buat macam mana? Selalunya ajen yang kena terminate ni adalah ajen yang hanya ingin mencuba nasib dalam bidang ini.

    Pelanggan juga boleh contact direct dengan company jika ada masalah. Ini sebagai saluran alternative bila ajen dah cabut. Boleh minta dengan company agar assign agent baru atau lihat saja apa company jawab.

    So, tip untuk dapat ajen yang baik, cari yang sudah service lebih 3 tahun. Itu maksudnya dia serius.

    Jika en kadri geram kepada ajen yang dah tinggalkan cik kaddri, boleh lah hantar aduan kepada unit aduan Bank Negara Malaysia di email berikut:

    bnmtelelink@bnm.gov.my

    hope this help

    tq

    mazlan
    ajen PruBSN
    call me at 019-3336863
    get your policy and medical card
    NOW!! before it's to late

    Reply
  • kadori-san

    December 10, 2010

    Terima Tuan Mazlan atas kesudian singgah ke teratak blog saya yang tidak seberapa ini,

    Masalah agent-company tidak sepatutnya dibebankan ke atas klien. Klien membayar premium insurans untuk mendapatkan perlindungan menghadapi risiko kehidupan, bukan menambahkan lagi kekusutan fikiran dengan masalah kehidupan ejen. Kebiasaannya klien memilih sesuatu produk atas "kebolehpercayaan" ke atas ejen, tidak kiralah ejen membawa risalah company mana pun. Sekiranya ejen ini diterminate atau cabut, 'kebolehpercayaan' itu tidak sudah tidak bernilai lagi.

    Tip yang tuan berikan juga amat menarik, kerana ejen-ejen terdahulu saya pun sudah service lebih 3 tahun. Erm..saya x pernah pula jumpa ejen yang tidak serius dalam mempromosikan produknya.

    Terima kasih atas email BNM yang tuan beri. Mungkin tuan juga boleh beri maklumat ini kepada klien sediaada dan bakal sedia ada, supaya mereka maklum apa yang berlaku sekiranya berlakunya sebarang kegagalan perkhidmatan.

    Selamat Maju Jaya

    Reply
  • My MAA

    December 21, 2010

    aku pun kadang bengang dgn insurans sengal yg aku ada..dulu mni skang etiqa…sebelum fly aku dpt statement ada bbrp bln outstanding…tp sbb dah kesuntukan masa sbb nak fly x dpt clarify smpi skang…ejen yg aku beli tu dah tukar hp no aku x dpt carik dia…aku call hq mmg dorang kata ada bbrp bulan x bayar padahal tu melalui potongan gaji tuh!!!! hampeh tol…pastu aku plaks yg nak kena byar interest sbb lewat byr..bila tanya bhg kewangan depa kata bulan2 mmg dah buat pemotongan…tah sapa yg silap aku plak yg jadi bola…tu citer 3 tahn lepas…now aku still continue sbb rugi nak terminate masa tu sbb belum matured tp balik nnt mmg nak terminate…

    tahla…mesia kena buat mcm oz nie…beli indurans sume online….siap buy now claim now policy for dental, physio, optical, chiro..bole dpt free one sbb mesia medical masih free under gov…sini sume rakyat dia wajib ada medical card…kalau xde x sapa layan kat sepitalhowever they all stil ada centrelink ala2 badan kebajikan yg cover and insurans co dia reliable…cuma ejen xleh carik makan laaa..sbb sini mmg xde ejen dtg approach kita…sume liase direct dgn co…lagi senang…sama gak insurans kete sume beli online lps seminggu dpt polisi and vehicle is covered automatically lps lodge in application….dan tak bayar lump sum…byar premium monthly…so kalau x suka service co tu..next month bole terminate tukar co baru bayar policay baru bulan2…senang….good thing is client tak terbeban nak bayar berdebuk premium insurans kete mcm kat mesia.

    Reply
  • kadori-san

    December 21, 2010

    my MAA,
    Sama sistem mcm di Jepun ni. Ada National Medical card yg kena bayar bulan2. Insurans kereta pun sama. Dua-dua boleh bayar online dah terus activate. No hassle. No agents. Tapi kat Jerman masih guna insurans swasta macam syle Malaysia, cuma xde guna ejen lah. Direct to the respective insurance offices.

    Baguslah Malaysia perkenalkan Insurans Kesihatan Kebangsaan. Tapi biasalah, penentang2nya adalah org2 yang dah sedap makan komisyen insurans dan org2 yg berkepentingan dlm perniagaan. Ikhlas belakang cerita ma.

    Kesian gak ko x pasal2 kene bayar outstanding. Ejen mulut manis dan berhati tulus ko dulu tu ntah kemana plak yer. Ngko santau kan jer..hahaha.
    Balik ni memang aku pun mcm2 benda nak kene clearkan. Paying for nothing, ingat kita keje ni senang2 ke. Pecah kepala studi nih weh..huhu

    Reply

Leave a Reply