Iman NY berhenti sekolah

Pagi ini Abi ke sekolah (pusat asuhan kanak-kanak) Iman untuk mengambil barang-barang yang masih tertinggal. Abi dan Ummi sepakat berhentikan sekolah Iman. Semalam salji turun berterusan sehingga hendak berjalan pun susah. Jalan licin. Kalau hendak gunakan perkhidmatan jemput dan hantar harus tambah JPY8,000 (~RM300). Tak berbaloi la pula, padahal duit itu boleh juga dibuat bayar ansuran bulanan kereta Kancil Ummi. Kalau Ummi hantar naik kereta risau pula kereta menggelungsur. Pengalaman hampir terlanggar kereta dihadapan apabila kereta menggelungsur walaupun sudah ditekan brek menjadi trauma tak berkesudahan bagi Ummi.

Di sekolah Iman, Abi beritahu Cikgu Iman yang Iman dan Ummi akan balik ke Malaysia minggu depan. Malas Abi nak ceritakan sebab-sebabnya dengan terperinci. Nanti entah apa yang dibalaskan Cikgunya. Senang cerita Iman balik Malaysia, jadi mahu berhenti sekolah.Harap-harap tidak terserempak dengan cikgu-cikgu Iman di mana-mana.

Di pintu masuk sekolah Iman, Abi dikerumuni kawan-kawan Iman
“Iman-chan doko?” (Di mana Iman?)
“Byouin ni itta?” (Pergi Hospital?)
“Mareeshia ni kaeru no?” (Balik Malaysia?)
“Iman-chan ga kawaii!” (Iman comel.)

Tiba-tiba Abi berasa bersalah memutuskan ikatan persahabatan Iman dan kawan-kawannya yang baru berputik sejak 4 bulan yang lalu. Lalu Abi teringat anak kawan-kawan Abi yang terpaksa meninggalkan kawan-kawan sekolah mereka setelah tamat pengajian. Semua merindukan kenangan bersama. Inilah kehidupan. Selepas ini Iman akan lupa perkataan “Sensei” yang sering disebut. Jadilah Iman peneman Ummi sepanjang masa.

Perkataan baru:
Akachan (Bayi)
Kawaii (Comel)
Oishii (Sedap)
Apple (Epal)
Banana (Pisang)
Nani? (Apa?)
Air

Gelagat :
Buang Sampah Plastik dalam tong sampah
Letak sudu yang dipakai dalam sinki
Senyum mengada-ada.
Tunjuk ke dapur dan sebut “Air! Air”

325 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

Leave a Reply