Iman NY

Lagi sebulan Iman akan berumur 2 tahun. Kadang-kadang semacam tidak percaya yang diri ini bergelar bapa. Selama hampir 2 tahun ini juga banyak perkara yang Iman sudah pandai. Abi rasa malu sebab Abi sendiri belum habis belajar lagi. Buat bende yang sama tak juga selesai2.

Iman sekarang dah pandai
1- pakai baju, seluar, sarung kaki sendiri
2- makan suap sendiri, minum sendiri..kalau nak air Iman dah pandai sebut air
3- lepas makan Iman minta basuh tangan, siap kena sabun..kalau tidak merengek
4- Iman panggil Abi dan Ummi, “Sensei!”..puas di ajar sebut Ummi dan Abi, langsung tak mahu diikutnya. Tapi kalau ajar Papa, Mama, Emak, Nenek, boleh saja dia ikut. Geram betul.
5- Iman pandai main masak2, suap2 anak patung dia.
6- berterima kasih..sebut “Ato!” bagi singkatan arigatou.
7- kalau suruh buka baju untuk mandi, dia buka sendiri lepas tu ke bilik air
8- terbaring diam tunggu dipakaikan lampin
9- menyanyi dan berjoget sorang.. ulangtayang apa yang dibelajar disekolah

Tetapi ada perkara yang Iman kena juga buat
1- berhenti menyusu dengan Ummi
2- tidur sendiri tanpa dakapan Ummi/Abi
3- bangun tidur tanpa menangis
4- tidak keras kejung di depan orang lain

Apapun Abi bersyukur sebab Imam sihat. Cuma gigi ada kaviti sebab asyik melekat menyusu dengan Ummi.
Iman jarang sakit. Terima kasih Ummi kerana gigih menyusukan Iman walaupun sekarang Ummi tidak begitu sihat.

Minna, issho ni ganbatte ne!

656 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

8 Comments

  • Meen

    November 11, 2010

    Semakin bijak dah Iman… anak2 ni, walaupun nakal dan kadang2 menguji kesabaran kita, tapi itulah penyeri hidup kita… aku rasa, biarla anak2 ni buat aku hot-tempered pun, asalkan dorg sentiasa disisi aku… ketenangan tanpa kerenah anak2 bermaksud kesedihan yang teramat bg seorang ibu.

    Reply
  • kadori-san

    November 11, 2010

    Memahami peranan dan jasa ibubapa kita adalah dengan kita sendiri menjadi ibubapa. Terkilan sebab arwah abah pergi dulu untuk berkongsi kebahagiaan. Iman xde atuk, belah aku ngan belah isteri.

    Reply
  • Meen

    November 22, 2010

    iye? sian iman…aku hidup di dunia pun x kenal kasih atuk.. tp anak2 aku beruntung sbb ada atuk sebelah abah dorg… belah aku, same je… arwah ayah aku dh lama xde… sebelum aku sempat keje lg… x merasa aku bg ayah aku rasa hasil titik peluh aku.

    Reply
  • win

    December 1, 2010

    Waaa… baru jumpa ko balik.. huhu.. Dulu kat Jerman, skang kat Jepun plak ekk.. besh besh…Dah besar dah ank ko ekk… anyway, gud luck!!

    Reply
  • kadori-san

    December 1, 2010

    Meen,
    arwah bapak aku meninggal masa aku SPM
    arwah bapak bini aku meninggal masa dia sekolah rendah
    hm..mcm trait jer..takdirku bila la agaknya..

    win tamahome,
    ishk..xleh celen ko anak lagi ramai.
    okla..selagi ada org sponsor aku merantau je ler.. nak merasa negara orang
    good luck for you too

    Reply
  • My MAA

    December 3, 2010

    hmm..sungguh besar kekuasaanNya yg menciptakan manusia dari segumpal darah….melihat perkembangan anak2 dari kecil hingga mereka besar adalah satu pengalaman yg tak bole dibeli dan jika terlepas tak bole diulangtayang….alhamdulillah wpun sibuk masih mampu membesarkan dan menyaksikan Amirul n Afiq membesar di depa mataku dgn kudratku…..mereka juga tidak pernah merasakan kasih seorang datuk sama sepertiku…semoga naak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan terpelihara….ameen.

    Reply
  • win

    December 8, 2010

    Waaa… baru jumpa ko balik.. huhu.. Dulu kat Jerman, skang kat Jepun plak ekk.. besh besh…Dah besar dah ank ko ekk… anyway, gud luck!!

    Reply
  • kadori-san

    December 8, 2010

    My MAA,

    Masa yang berlalu x dapat digantikan. huhu..

    Reply

Leave a Reply