Orang Jepun dan Amalan Sedekah

Saya telah memuatturun aplikasi Hadith of the Day ke iPhone saya.
Kelmarin, saya tertarik dengan hadis di bawah ini dan terlintas akan sikap orang Jepun yang hampir menepati amalan bersedekah yang dinyatakan. Umumnya, kita tidak semestinya memiliki harta untuk bersedekah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memperolehi pahala bersedekah.

Dalam kemodenan hidup di bandar, rakyat Jepun kurang memerlukan tugas pembersihan kawasan persekitaran oleh Majlis Perbandaran/Daerah (MP/D). Kebiasaannya, mereka akan menyapu, mengutip sampah2 di kawasan rumah mereka sendiri. Di kawasan taman-taman permainan pula, komuniti tetangga akan bersama-sama melakukan gotong-royong secara sukarela di hujung minggu. Malah, mereka juga menanam pokok-pokok bunga, serta mengindahkan kawasan rumah mereka. Mereka tidak memerlukan MP/D untuk mengindahkan dan menyiram pokok bunga.

Amatlah sukar untuk melihat sampah bersepah kerana setiap individu merasakan tanggungjawab sendiri untuk memastikan kebersihan kawasan sendiri. Sampah sendiri adalah tanggungjawab sendiri. Di kawasan perkelahan dan rekreasi dapat di lihat papan tanda seperti berikut, yang bermaksud agar sampah dibawa pulang. Amalan ini dilihat sebagai menjaga keselesaan umum dan juga dikira sebagai bersedekah.


Apabila kita bertanya mengenai arah, atau sebagainya, orang Jepun sangat-sangat membantu. Sebagai contoh sekiranya saya ingin mencari garam di pasaraya dan bertanya kepada staff berkenaan, mereka akan menunjukkan dimana garam tersebut sehingga betul-betul berada di depan rak garam tersebut dengan ramah dan penuh senyuman. Pengalaman isteri saya bersalin di hospital Jepun memberikan kami perspektif yang sangat posifit terhadap khidmat dan sikap orang Jepun yang sangat-sangat membantu walaupun masalah komunikasi sedikit memberi halangan. Cuba memahami kehendak orang lain juga merupakan suatu sedekah seperti yang diulas pada hadis di bawah. Senyuman yang sentiasa terpancar dikalangan staff meringankan beban yang dipikul. Senyuman juga merupakan satu sedekah.

Marilah sama-sama kita menghayati hadis berikut. Jepun: Negara Islam Tanpa Muslim. Wallahu’alam.

Abu Dhar al-Ghafari said: “The Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wasallam) said: ‘Sadaqah is prescribed for every person every day the sun rises.’ I said: ‘O Messenger of Allah, from what do we give sadaqah if we do not possess property?’ He said: ‘The doors of sadaqah are takbir (Allahu Akbar), Subhan Allah, Alhamdulillah, La-ilaha-ilAllah, Astaghfirullah, enjoining good, forbidding evil, removing thorns, bones and stones from the paths of people, guiding the blind, listening to the deaf and dumb until you understand them, guiding a person to his object of need if you know where it is, hurrying with the strength of your legs to one in sorrow who is appealing for help, and supporting the weak with the strength of your arms. These are all the doors of sadaqah.” [Ahmad]

In other words one does not need to have financial resources to earn the reward of sadaqah. There are many deeds that qualify as sadaqah with Allah (subhana wa ta’ala). In addition to those listed above the following ordinary courtesies are also sadaqah if we do them with the intention of pleasing Allah with them.

1. To administer justice between two people is sadaqah.
2. To assist a man upon his mount so that he may ride it is sadaqah.
3. To place his luggage on the animal is sadaqah.
4. A good word is sadaqah.
5. Every step taken toward prayer is sadaqah.
6. Your smile for your brother is sadaqah.
7. Planting anything from which a person, an animal or anything eats is sadaqah.
The online version of Daily Hadith is available now, please visit http://dailyhadith.adaptivesolutionsinc.com

Kadri

258 total views, 2 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

2 Comments

  • evearlmine

    April 13, 2010

    bak kata seorang ustaz yang pernah datang ke Sapporo dengan Encik Jasri & Encik Redha dulu :-

    "Dalam banyak-banyak aspek orang Jepun LEBIH mengamalkan cara hidup Islam berbanding orang Islam sendiri."

    Memanglah kita nampak mereka ni minum arak etc etc etc…. tapi far more than that. Thanks for the good blog, encik kadri ^^

    Reply
  • kadori-san

    April 13, 2010

    begitulah kiranya..

    Islam tu bukan je sembahyang, puasa, etc..tapi merangkumi moral dan etika kehidupan.

    Org Jepun hanya tiada pengisian rohani..dan mungkin mereka x nampak sebab apa kena menganut Islam sbb nilai2 Islam itu sendiri telah ada pada mereka.

    wA'lam

    Reply

Leave a Reply