[In Malay] Kadar Elaun Sara Hidup SLAI/SLAB di Jepun

Banyak kali juga kawan-kawan yang berminat untuk menyambung pelajaran di luar negara bertanyakan saya kadar elaun di Jepun, mahupun di Jerman. Dan banyak kali juga orang yang sama sahaja yang bertanya, masuk telinga kanan keluar ikut lubang hidung sebelah kiri. (macam nada tertekan je nih :))

Oleh itu, saya cuba mencari sumber yang terkini dan terbaik mengenai kadar elaun yang sentiasa berubah mengikut situasi ekonomi dunia (cheewah). Maklumlah, orang kita ini suka di suap. Suruh cari sendiri pun malas. Jadi, lain kali kalau ada yang bertanya lagi, saya bagi terus pautan berikut, saya pun MALAS nak taip satu persatu di email, mahupun di Yahoo Messenger.

http://bsm.upsi.edu.my/download/ELAUN%20PENSYARAH%20edit.pdf*
*terima kasih UPSI (update on Feb 5th, 2012)

– Web tersebut juga memaparkan kadar elaun di negara lain

– Untuk Jepun, terdapat kekurangan perincian seperti
1) Elaun Penempatan = 250,125 Yen (Untuk pegawai) dibayar sekali di awal pengajian
2) Elaun Akhir pengajian = 100,050 Yen (Untuk pegawai) dibayar sekali di akhir pengajian
3) Elaun Tesis = 84,238 Yen di bayar sekali di akhir pengajian
4) Elaun Pakaian Panas = RM1500 untuk pegawai di bayar sekali di awal pengajian (RM1000 untuk isteri dan anak2 saya tidak tahu)
5) Terdapat insurans kesihatan yang wajib disertai pelajar di Jepun. Premium insurans ini layak dituntut daripada penaja.

Mari kita buat contoh kira-kira :

Encik Z akan menyambung pelajaran ke Universiti Akita dan membawa bersama seorang isteri dan 2 orang anak. Berapakan elaun bulanan yang beliau terima?

Jawapan :

Akita tidak berada dalam senarai kawasan, maka Kadar B dirujuk
Elaun Sara Hidup (Pegawai) : ¥166,750
Elaun Bantuan Sewa Rumah (Pegawai, Isteri/Suami dan 1 atau 2 anak ) : ¥ 50,025
Elaun Bantuan Keluarga : ¥ 66,700

Maka jumlah keseluruhan elaun yang diterima ialah ¥166,750 + ¥ 50,025 + ¥ 66,700 = ¥283,475

Sekian Terima Kasih..sebarang maklumat terkini yang mungkin anda ketahui, sila maklumkan untuk rujukan bersama. Ijou desu. Selamat Belajar!

1,160 total views, 1 views today

Entri berkaitan

Kongsikan..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0Share on Tumblr0Pin on Pinterest0Print this page

22 Comments

  • Abu Taqiyyah

    August 11, 2008

    macam tu le kadri san.. membantu dan beri jalan kawan-kwan yg nak sambung… bg semangat sikit…

    Reply
  • kadori-san

    August 15, 2008

    baik bos…..

    Reply
  • afzainizam

    September 7, 2008

    Hi kadori-san, I’m glad to find your blog. I just reached Sapporo a few weeks ago and I’m glad there’s a muslim community here. I will be working in Sapporo for a few years. I would be gad if you could contact me.

    Reply
  • JHaZKiTaRo

    September 14, 2008

    salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. 🙂

    Reply
  • t.o.p.a.z

    February 4, 2012

    Salam..En tau tak, kalau sambung blajar as a single person, but in between tu nikah, adakah elaun pasangan akan dapat juga?

    Reply
  • kadori-san

    February 4, 2012

    This comment has been removed by the author.

    Reply
  • kadori-san

    February 4, 2012

    topaz-san,
    ye lepas kawin dapat elaun keluarga, lepas tu beranak pulak bertambah lagi elaunnya (maksimum 3 anak), dengan syarat kena mohon la.. org x mohon, depa xde la nak bagi..
    tapi kena kompemkan betul2 dgn penaja..sebab mungkin peraturan dah berubah.. (tapi untuk pegawai yang telah disahkan jawatan mmg begitu kaedahnya boleh dapat elaun keluarga dan anak2, kalau jawatan yang x sah lagi macam tutor atau fellowship scheme dia mungkin xde kelebihan elaun keluarga)

    Reply
  • Anonymous

    April 10, 2012

    salam

    Saya minta pendapat, kalau ker KANAZAWA satu atau dua bulan cukup ker dapat alaun yang di beri iaitu yen 166,730 tu, saya palan nak sewa rumah yang paliang kecil satu bilik cukup lah. saya akan bawa 3 anak dan suami, setakat tempat tinggal dan makan agak-agak cukup tak …..

    Reply
  • kadori-san

    April 10, 2012

    sbb anda anonymous..saya xnak jawab..
    sekian

    Reply
  • ezanmd

    April 10, 2012

    keluar nama tak

    Reply
  • ezanmd

    April 10, 2012

    saya norizan mat diah yang tanya soalan diatas

    Reply
  • kadori-san

    April 10, 2012

    saya tengok2 rumah area kanazawa university-> https://www.urbanhome.co.jp/rent/search.html?ac=&a=4
    rumah 1 bilik ~ JPY40,000
    rumah 2 bilik -JPY50,000

    cukup atau x bergantung kepada mcm mana diuruskan..saya ada jumpa yg kedekut sgt sampai makan anak2 kena catu, masak pakai dapur gas tin, duduk rumah kayu (bila winter biarkan anak2 kesejukan)…

    xkan x dapat elaun keluarga, elaun sewa rumah dan anak2?
    kalau ada tambahan elaun2 tu..insyaAllah lebih dari cukup..
    kalau sekadar JPY166,000 jer dgn anak 3 mcm x cukup, saya anggarkan JPY220,000 baru OK utk puan..

    Reply
  • ezanmd

    April 11, 2012

    rumag satu bilik tu, tak ada bilik lansung kan, ruang tamu aje kan bersama dapur tempat yang sama, atau satu ruang tamu satu bilik dan satu bilik air, saya tak pasti ….macam mana yer

    Reply
  • ezanmd

    April 11, 2012

    salam

    encik kadri, saya pelajar PHD UKM, saya ingin ker Japan Institute sains teknologi JIST, untuk jumpa salah sorang pakar Komputer game, untuk minta pendapat dan bimbingan software game dan framework saya. saya mungkin paling lama dalam dua bulan sahaja disana. Kementerian cuma bagi sara diri saya sorang sahaja dan tiket saya seorang juga, anak2 dan suami tak tanggung. Oleh saya sedang kira budget nya, kalau tambah sikit dalam 5 atau enam ribu boleh lah saya usahakan. kalau banyak sangat tak mampu rasanya. saya cuba survey tanya sana sini dengan masalah ini.

    Reply
  • kadori-san

    April 11, 2012

    Xde masalah kalau puan izan pergi berseorangan mmg lebih dari cukup elaun yg diberi.
    Oleh sebab bawa famili, puan yg create masalah sendiri.
    Sy pun hairan, sbb nk pergi jumpa pakar atau nk bercuti?
    Di jepun sistem sewa rumah mereka minimum 1 tahun dan pelbagai deposit. Kalau pergi sebulan dua, kena sewa hotel bulanan yg harganya 3 kali ganda dari sewa rumah biasa. Melainkan pihak universiti menyediakan rumah universiti utk penyelidik/pelajar, itu yg terbaik.
    Tambahan pula pelajar menyewa perlu mendapat penjamin penyelia di jepun.
    Dari pengalaman sy, ramai rakan2 yg dtg utk short stay menumpang rumah student malaysia yg bujang d sana. Jarang yg bawa famili.

    Reply
  • ezanmd

    April 12, 2012

    Takut pulak rasanya nak pergi ….semoga di permudahkan saya ni …

    Reply
  • ezanmd

    April 12, 2012

    kalau pergi sorang payah saya, pergi, Saya kena fikir panjang macam tu nak pergi atau tidak, atau saya tanya university ada rumah untuk disewa dalam jagka masa pendek kalau ada.

    Saya perlukan suami saya untuk setting software saya nanti, sorang buat takut tak jalan nak tanya siapa pulak kat sana nanti. '

    Prof dari universiti tu dah nak jumpa …kalau terdesak pergi dua minggu aje lah ..nak buat macam mana …

    Mungkin jumpa dalam jangka masa pendek cukup rasanya..untuk rujukkan pakar dan collaboration..

    Reply
  • kadori-san

    April 12, 2012

    Saya cadangkan puan minta bantuan supervisor di sana untuk mendapatkan penginapan.
    Tanpa kemahiran berbahasa Jepun memang amat sukar utk mencari penginapan sendiri.

    Untuk penginapan saya cadangkan samada
    1) tumpang rumah orang
    2) minta penginapan universiti
    3) minta tlg supervisor carikan penginapan

    Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah permohonan visa
    utk short stay less than 3 months boleh mohon tourist visa, as tourist visa holder, tidak dibenarkan utk sewa rumah di Jepun melainkan guna nama supervisor..

    apa2pun please communicate your supervisor to ease your stay overthere

    Reply
  • ezanmd

    April 13, 2012

    salam …
    terima kasih banyak2 encik kadri ..
    Saya cuba pergi dua minggu aje lah …tak payah buat testing, jumpa pakar aje discussion aje lah, dah luruh hati nak pergi jepun, atau pergi present paper pergi sekali jumpa prof tu sekali …

    kalau dua minggu mampu rasanya , saya bawa anak-anak dengan suami,
    duduk jauh sikit …tak ape lah asal …dapat jumpa prof tu

    Reply
  • kadori-san

    April 13, 2012

    itulah baru namanya pengorbanan 🙂

    semua ini tiada masalah kalau kita berDUIT

    kalau begitu manfaatkanlah 2 minggu itu sesungguhnya agar pengorbanan puan tidak sia2 bagi pihak ahli keluarga yg lain..

    mungkin kalau puan sudah pergi kali pertama dan mendapat overview keadaan di Jepun, bolehlah kiranya membawa keluarga bersama utk visit yang seterusnya (kalau ada)

    Reply
  • Ahmad Shahir

    July 28, 2013

    Salam Kadri-Senpai,

    Saya Shahir Fellow UMP, Elaun Family tu masih taiyou smpi skrg ke? Siapa yang akan bayar elaun family ye? Kerajaan atau University?

    Reply
  • kadori-san

    July 28, 2013

    Shahiru-san,

    Biasanya elaun keluarga dan selain elaun sara hidup (elaun pakain panas, insurans) universiti yang urus dan bayar (kerajaan bayar melalui universiti)

    Reply

Leave a Reply